Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyLapor KKM_03

KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara

Diterbitkan Oktober 12, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 13, 2026 oleh Amalina Athman

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini memperkenalkan sistem MyLapor sebagai saluran aduan digital yang membolehkan orang awam melaporkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Menerusi MyLapor, pengguna boleh mengemukakan aduan melalui tiga kaedah, iaitu menggunakan aplikasi MySejahtera, mengimbas kod QR MyLapor atau mengakses pautan kkmhub.moh.gov.my/mylapor/public.

Antara kesalahan yang boleh dilaporkan termasuk merokok di kawasan larangan serta penjualan, pembelian atau penggunaan produk merokok oleh individu berumur bawah 18 tahun. Aduan juga boleh dibuat berkaitan penjualan produk merokok secara dalam talian atau melalui mesin layan diri, iklan, promosi atau pameran produk yang tidak dibenarkan, serta pembungkusan produk merokok yang tidak mematuhi piawaian dan peraturan ditetapkan.

KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara

Setiap aduan akan disalurkan terus kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat berdasarkan lokasi kejadian. Menurut KKM, kaedah ini dapat membantu mempercepat penyaluran aduan tanpa melalui proses aduan yang panjang. Pengadu juga boleh menerima notifikasi mengenai status aduan yang dibuat menerusi aplikasi MySejahtera.

Selain memudahkan pengguna melaporkan kesalahan tanpa perlu bersemuka dengan individu yang terbabit, sistem digital ini membolehkan KKM memantau aduan dan mengenal pasti lokasi yang memerlukan perhatian.

KKM menggalakkan orang awam memberikan maklumat yang tepat dan lengkap bagi membantu siasatan. Pemilik dan pengusaha premis pula disaran memaparkan kod QR MyLapor di lokasi yang mudah dilihat serta memastikan larangan merokok dipatuhi di premis masing-masing.

Berkaitan

  • Kementerian Kesihatan Mahu Laksana Teknologi AI Untuk Perkasakan Sektor Penjagaan Kesihatan
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • KKM Kaji Pelaksanaan Sijil Cuti Sakit Digital 'e-MC'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC
  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY