Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Toshiba Memory Bakal Dikenali Sebagai ‘Kioxia’

Toshiba Memory Bakal Dikenali Sebagai ‘Kioxia’

Diterbitkan Julai 23, 2019 · Dikemas kini Julai 23, 2019 oleh ariff bukhari

Toshiba Memory bukan lagi sebahagian dari Toshiba Group Company.

Bermula 1 Oktober ini, Toshiba Memory Corp. dilaporkan bakal menukarkan nama mereka kepada Kioxia Corporation. Ia pertama kali dilaporkan oleh laman EE Times daripada sumber yang tahu akan perkara ini.

Menurut sumber itu, sebab berlakunya perubahan nama syarikat tersebut adalah kerana Toshiba Memory kini tidak lagi sebahagian daripada Toshiba Group Company.

Sejak 2017 lagi, Toshiba Memory memang sedia maklum telah berpisah daripada Toshiba Group.

Perubahan nama kepada Kioxia pula adalah gabungan 2 perkataan dari 2 bahasa yang berbeza iaitu Jepun dan Greek. Ia adalah gabungan perkataan “Kioku” di dalam bahasa Jepun yang bermaksud “memori” dan “axia” pula di dalam bahasa Greek yang bermaksud “nilai”.

Menurut syarikat itu, gabungan 2 perkataan ini mencerminkan nilai memori dalam masyarakat yang didorong oleh peningkatan jumlah data aktif melalui teknologi 5G, IoT dan pengkomputeran awan.

Toshiba Memory merupakan syarikat yang mula-mula mencipta teknologi storan NAND flash dalam tahun 1987 yang telah banyak digunakan di dalam peranti elektronik termasuklah pemain muzik mp3, kamera digital dan storan USB.

Perubahan nama syarikat ini bermakna pengguna mungkin tidak lagi akan melihat nama storan Toshiba di pasaran. Sebaliknya akan melihat cetakan nama storan seperti Kioxia eMMC flash, Kioxia SSD dan cetakan jenama itu pada peranti storan USB yang lain.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY