Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kioxia Perkenal SSD Baharu Khusus Untuk Tingkat Prestasi GPU Pusat Data AI

Kioxia Perkenal SSD Baharu Khusus Untuk Tingkat Prestasi GPU Pusat Data AI

Diterbitkan Mac 17, 2026 · Dikemas kini Mac 17, 2026 oleh ariff bukhari

Kioxia Corporation mengumumkan pembangunan SSD baharu, Super High IOPS SSD siri KIOXIA GP, yang dioptimumkan untuk beban kerja AI berasaskan GPU.

Model ini membolehkan GPU mengakses memori flash berkelajuan tinggi secara langsung sebagai tambahan kepada High Bandwidth Memory (HBM), sekali gus meningkatkan kapasiti memori boleh diakses GPU untuk data berskala besar.

Kolaborasi bersama NVIDIA Storage-Next mendorong pengeluar SSD ini menghasilkan pemacu khusus bagi beban kerja AI, dan Kioxia menyatakan bahawa mereka menyokong usaha ini dengan teknologi XL-FLASH™ yang menawarkan IOPS (Input/Output Operations Per Second) lebih tinggi, akses data lebih halus (512 bait), serta penggunaan kuasa lebih rendah berbanding SSD TLC konvensional.

“Kerjasama ini memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan seni bina storan AI.” Makoto Hamada, Pengarah Kanan Bahagian SSD, Kioxia Corporation.

Selain itu, Kioxia turut memperkenalkan siri CM9 PCIe®5.0 E3.S SSD dengan kapasiti sehingga 25.6TB, direka untuk menyokong keperluan cache besar dalam inferens AI berskala trilion parameter.

Sampel storan generasi baharu ini dijangka akan tersedia pada suku ke-3 2026 ini.

Berkaitan

  • Kioxia Umum SSD NVMe 245TB Pertama Dunia Untuk AI Generatif
  • Kioxia Perkenal Storan Generasi Baharu Untuk Telefon Pintar
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY