Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digital Storage Company Sandisk Post Strong Quarterly Earnings

Kioxia Dan Sandisk Umum Pelaburan Bernilai ~RM135 Bilion Di Jepun

Diterbitkan Ogos 28, 2026 · Dikemas kini Ogos 28, 2026 oleh ariff bukhari

Kioxia dan Sandisk mengumumkan pelaburan besar bernilai lebih 5 trilion yen )~RM135 bilion) di Jepun sehingga tahun 2032, bergantung kepada sokongan kerajaan.

Langkah ini menegaskan kerjasama strategik mereka yang telah berlangsung lebih 25 tahun, dengan rekod pelaburan melebihi 9 trilion yen (~RM245 bilion) sebelum ini.

Pelaburan baharu ini akan menumpukan kepada pengembangan infrastruktur di kilang Yokkaichi dan Kitakami, memastikan bekalan memori flash yang stabil serta pertumbuhan berterusan dalam industri semikonduktor.

Fokus utama adalah memenuhi permintaan global terhadap memori berkapasiti tinggi dan cekap tenaga, terutamanya untuk aplikasi berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan pusat data.

Kedua-dua syarikat menekankan bahawa inisiatif ini selaras dengan dasar ekonomi Jepun serta memperkukuh kerjasama ekonomi antara Amerika Syarikat dan Jepun.

Kepimpinan Kioxia dan Sandisk turut menegaskan komitmen terhadap inovasi, daya saing global, serta peluang ekonomi untuk komuniti setempat.

Selain itu, rangka kerja usaha sama di Yokkaichi dilanjutkan sehingga 2034, membolehkan pembangunan jangka panjang dan pengeluaran pintar berasaskan AI.

Kioxia dikenali dengan teknologi BiCS FLASH™ 3D, manakala Sandisk menawarkan rangkaian produk dari SSD perusahaan hingga peranti pengguna.

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Syarikat Dari China Ini Pintas Micron Dan Kioxia Dalam Pasaran Memori NAND
  • Selepas Insiden Kebocoran, Pratonton 26 Minit GTA 6 Kini Ditayangkan Di Netflix 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY