Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kiosk Sentuhan MADANI

Kiosk Sentuhan MADANI Dilancarkan, Lebih 90 Perkhidmatan Tersedia

Diterbitkan Januari 9, 2025 · Dikemas kini Januari 9, 2025 oleh Amalina Athman

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Kiosk Sentuhan MADANI pertama yang terletak di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya.

Diilhamkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Kiosk Sentuhan MADANI merupakan sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2025 yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Unit Pantau MADANI serta pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Kiosk Sentuhan MADANI_2
Pelancaran Kiosk Sentuhan MADANI

Terdapat enam kios yang menawarkan lebih 90 perkhidmatan agensi kerajaan dan swasta, bertujuan untuk memudahkan rakyat mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan atau GLC dengan lebih cepat dan mesra pengguna.

Ia melibatkan kios Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pos Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kumpulan Wang Simpan Pekerja (KWSP) dan MyDigital ID.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Kiosk Sentuhan MADANI kedua bakal ditempatkan di KL Sentral.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Ini Senarai Status Pelajar Yang Layak Untuk Terima Baucar Digital FLYsiswa RM400
  • Cip, GPU 'Buatan Malaysia' Disasarkan Dalam Tempoh 5 Ke 10 Tahun Lagi - Rafizi
  • Rapid KL Lancar Tren, Bas Dengan Tema Mechamato - Berpeluang Tebus MechaTrain

Sumber: Jabatan Perdana Menteri (1, 2),  BERNAMA

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY