Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kingston Lancar Storan SSD OTG Berprestasi Untuk Telefon Pintar, Harga Dari RM599

Kingston Lancar Storan SSD OTG Berprestasi Untuk Telefon Pintar, Harga Dari RM599

Diterbitkan Disember 31, 2025 · Dikemas kini Disember 31, 2025 oleh ariff bukhari

JIka anda perlukan storan tambahan yang besar dan berprestasi untuk telefon pintar anda, Kingston ada penyelesaiannya dengan pelancaran storan baharu Dual Portable Solid-State Drive pertama yang hadir tanpa kabel.

Ia direka untuk memenuhi keperluan pengguna yang mahukan kelajuan, kemudahan dan fleksibiliti yang boleh digunakan pada sebarang keadaan.

Dengan sokongan USB Type-A dan USB Type-C, pemindahan fail antara komputer riba, desktop dan telefon pintar menjadi lebih mudah tanpa perlu membawa penyesuai tambahan.

Dikuasakan oleh USB 3.2 Gen 2, ia menawarkan kelajuan bacaan sehingga 1,050MB/s dan kelajuan tulis sehingga 950MB/s, sesuai untuk fail bersaiz besar seperti foto resolusi tinggi dan video 4K.

Kingston Lancar Storan SSD OTG Berprestasi Untuk Telefon Pintar, Harga Dari RM599
Kingston Lancar Storan SSD OTG Berprestasi Untuk Telefon Pintar, Harga Dari RM599

Reka bentuknya yang kompak dengan badan logam kukuh menjadikannya tahan lasak serta mudah dibawa ke mana-mana.

Tersedia dalam pilihan 512GB, 1TB dan 2TB, SSD ini dilengkapi dengan waranti lima tahun serta sokongan teknikal percuma.

Ia serasi dengan Windows, macOS, Linux, Chrome OS, Android dan iOS/iPadOS, menjadikannya penyelesaian serba guna untuk produktiviti harian.

Kingston Dual Portable SSD ini boleh didapati dengan harga bermula RM599 (512GB), RM931 (1TB) dan RM1,542 (2TB) yang sudah pun boleh dibeli dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/cln5but
  • Lazada – https://invl.me/cln5buw

Berkaitan

  • Ini 3 Cara Mudah Bagi Tambahkan Saiz Storan Telefon Pintar Anda
  • Harga Storan Dijangka Naik 2x Ganda - CEO Phison
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Penjualan RAM Dan Storan Jenama Crucial Akan Ditamatkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
©2026 WISER.MY