Saiz storan telefon pintar anda mungkin sudah berkapasiti besar seperti 512GB dan 1TB.
Namun begitu, tanpa sedar saiz tersebut boleh jadi mengecil dengan cepat. Tambahan pula selepas mengambil ribuan gambar ketika menyambut hari raya.
Boleh dikatakan semua telefon pintar moden kini menggunakan port USB-C untuk pengecasan.
Tapi, port USB-C itu juga boleh disambungkan untuk tujuan lain iaitu pemindahan data yang membolehkan anda sambungkannya dengan aksesori dan storan luar.
Jadi, di sini dikongsikan 3 cara mudah untuk meningkatkan saiz storan telefon pintar anda:
1. Gunakan pembaca kad memori SD
Jika anda sudah mempunyai kad memori SD, anda boleh jadikannya sebagai storan luar dengan menggunakan peranti pembaca kad SD.
Pembaca kad yang dilengkapi penyambung USB-C boleh disambungkan bersama telefon pintar untuk membaca kad SD anda.
Sebagai contoh, aksesori dari j5create USB-C to SD /microSD Mini Adapter yang ada untuk peranti iOS (iPhone/iPad dengan port USB-C) dan telefon Android.
Aksesori seperti ini memudahkan anda memindahkan fail foto dan video yang disimpan di dalam telefon pintar ke storan luar.
Beli aksesori USB-C to SD/ microSD Mini Adapter dari stor rasmi di:
- Shopee – https://invl.me/clmluqv
- Lazada – https://invl.me/clmlur2
2. Slot kad SD
Jika telefon pintar anda sudah tersedia dengan slot storan tambahan bagi memuatkan kad SD, anda boleh sahaja membeli kad SD dan memasangnya ke dalam telefon pintar anda.
Biasanya slot tersebut hanya menyokong jenis kad mikro SD yang bersaiz kecil seperti rajah di bawah.
Adalah disyorkan anda membeli kad mikro SD dari stor rasmi dan memilih kad mikro SD yang berprestasi kerana sesuai untuk rakaman foto dan video berkualiti serta pemindahan data yang lebih pantas.

Juga suka diingatkan kepada anda untuk hanya membeli kad SD dari stor rasmi sahaja.
Jangan nanti beli kad SD kononnya berkapasiti 1TB tapi dapat 512GB sahaja.
Beli kad mikro SD dari stor rasmi di:
- Shopee – https://invl.me/clmluny
- Lazada – https://invl.me/clmlunz
3. USB Flash OTG
Satu lagi cara mudah untuk anda tambahkan saiz storan telefon pintar anda adalah dengan menyambungkan storan USB Flash secara on the go (OTG).
Untuk lebih mudah faham tentang OTG ini, lihat rajah di bawah.
Cara ini memang jimat dan mudah kerana USB Flash OTG seperti ini turut mempunyai sambungan USB type A.
Jadi, memindahkan data antara telefon pintar, tablet, PC dan komputer riba memang mudah.
Contoh USB Flash OTG seperti ini adalah dari jenama Lexar.
Terdapat pelbagai pilihan USB Flash OTG yang boleh dibeli dari stor rasmi di:
- Shopee – https://invl.me/clmlukl
- Lazada – https://invl.me/clmlulj
Bagi pengguna iPhone khususnya model iPhone 14 dan ke bawah yang masih menggunakan port Lightning, anda perlu menggunakan adapter tambahan bagi membolehkan anda menyambungkan USB Flash type C ini pada iPhone anda.
Paling penting, pastikan adapter tersebut menyokong juga pemindahan data kerana terdapat adapter USB-C to Lightning ini yang hanya menyokong pengecasan semata-mata.
Jadi, jangan tersilap beli pula.
Beli adapter USB-C to Lightning dari stor rasmi di:
- Shopee – https://invl.me/clmlunu
- Lazada – https://invl.me/clmlunh
{suggest}