Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp and telegram

Rusia Sekat Panggilan Di WhatsApp Dan Telegram, Jejas 100 Juta Pengguna

Diterbitkan Ogos 14, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 14, 2025 oleh ariff bukhari

Rusia mengumumkan sekatan ke atas sebahagian panggilan di aplikasi pemesejan WhatsApp dan Telegram, dengan alasan untuk memerangi jenayah, penipuan, ugutan, serta aktiviti sabotaj dan keganasan yang didakwa melibatkan warganya.

Pengawal komunikasi Roskomnadzor mendakwa, aplikasi permesejan ini menjadi saluran utama untuk penipuan dan merekrut bagi aktiviti subversif, termasuk oleh pihak Ukraine.

Ekoran itu, Moscow mahu kedua-dua platform memberikan akses data kepada pihak berkuasa bagi siasatan jenayah, penipuan, dan kes berkaitan keganasan.

Sekatan akan ditarik balik jika mereka mematuhi undang-undang Rusia. Telegram berkata ia aktif membanteras penyalahgunaan platform, manakala WhatsApp menegaskan perkhidmatannya disulitkan hujung-ke-hujung dan menentang cubaan kerajaan menceroboh hak komunikasi selamat.

Lebih 100 juta rakyat Rusia menggunakan WhatsApp, dan Meta mendakwa sekatan ini bertujuan memaksa mereka beralih ke platform yang lebih mudah dipantau kerajaan.

Sejak serangan ke atas Ukraine, Rusia telah memperketat kawalan kebebasan media dan bersuara secara dalam talian.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Inilah Rupa Kapal Angkasa Yang Dikata Mampu Bawa Manusia Sejauh 4 Tahun Cahaya
  • Jangan Takut, Ini Cara Buat Aduan Insiden Buli Terus Kepada KPM

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY