Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PM Anwar Ibrahim_Julai 2024

Keselamatan Siber Malaysia Masih Lemah – PM Anwar

Diterbitkan Julai 30, 2024 oleh Amalina Athman

Aspek keselamatan siber harus diberi keutamaan memandangkan Malaysia masih berada di tahap lemah dalam perkara ini berbanding negara-negara lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi menangani isu berkenaan, beliau berkata ia memerlukan banyak latihan, kepakaran serta jaringan dengan badan risikan siber.

Menurutnya, beberapa tindakan tegas diperlukan, termasuk peraturan yang bakal diperkenal bagi tujuan mengatasi jenayah dalam talian dan buli siber. Sekali gus, ia akan mewujudkan persekitaran maya yang selamat untuk pengguna.

Tambahnya lagi, antara yang dilakukan kerajaan dalam menangani isu ini adalah dengan memperkenalkan Rang Undang-Undang Keselamatan Siber, dan baru-baru ini Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil serta Menteri Digital Gobind Singh Deo memberi banyak tumpuan supaya keselamatan dalam talian itu dijamin untuk rakyat di dalam dan luar negara.

Berkaitan

  • Kes Buli Siber, PM Sangat Tidak berpuas Hati - Fahmi
  • Platform Media Sosial, Pemesejan Dengan Minimum 8 Juta Pengguna Perlu Mohon Lesen Mulai 1 Ogos
  • Kementerian Digital Cadang Tubuh Suruhanjaya Data

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY