Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kereta Ikonik Fiat Dihidupkan Semula Sebagai EV

Kereta Ikonik Fiat Dihidupkan Semula Sebagai EV

Diterbitkan Mei 4, 2026 oleh ariff bukhari

Di sebuah bengkel di Turin — kota bersejarah pengeluar kereta Itali Fiat — model klasik Fiat 500 kini diberi nafas baharu dengan enjin elektrik.

Fiat 500 klasik yang dihasilkan antara 1957 hingga 1975 sedang dibawa “ke abad ke-21”, kata Giovanni Gentile, pemilik Officine Gentile.

Di luar bengkel, rangka kereta kecil berbentuk melengkung yang sudah berkarat berbaris menunggu giliran.

Di dalam pula, percikan api kelihatan ketika pekerja memotong dan mengimpal logam.

Kereta-kereta itu kemudian dicat semula, dipasang semula pendawaian dan dilengkapi enjin elektrik.

Fiat 1
Soket pengecasan disorokkan di sebalik logo klasik Fiat di bahagian hadapan kereta.

Banyak kereta yang diubah suai ini dicat dengan warna pastel, malah ada yang hadir dalam versi bumbung terbuka (convertible).

Kereta yang telah dinaik taraf ini dijual pada harga sekitar 40,000 (~RM210,000) hingga 50,000 euro, manakala versi convertible boleh mencecah sehingga 80,000 euro (~RM420,000).

Fiat 2

Fiat 500 asal menjadi ikon reka bentuk dengan kira-kira 4.2 juta unit dihasilkan.

Ia masih popular dalam kalangan peminat kereta klasik di seluruh dunia dan sering menjadi tarikan dalam perhimpunan besar di Itali serta negara lain.

Model ini dilancarkan semula pada 2007 dengan beberapa pembaharuan moden dan kini turut ditawarkan dalam versi elektrik.

Menurut Giorgio Pagliero, pengarah jualan Officine Gentile, bengkel itu mahu mengekalkan “warisan dan nilai sejarah” kereta tersebut sambil memberikannya “kehidupan kedua”. – AFP.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Malaysia Lancar Pasport Bateri EV Pertama Di ASEAN
  • Volkswagen Kembalikan Kokpit Retro Pada EV Polo Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY