Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Smart Golf Carts_Saudi

Arab Saudi Perkenal Kereta Golf Elektrik Untuk Tawaf

Diterbitkan Mac 29, 2024 · Dikemas kini Mac 29, 2024 oleh Amalina Athman

Pihak Berkuasa Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kini memperkenalkan kereta golf pintar bagi membantu jemaah umrah dan haji melaksanakan ibadah tawaf (mengelilingi Kaabah).

Berkaitan

  • Arab Saudi Bakal Perkenal Teksi Terbang Untuk Jemaah Haji Tahun Ini
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia

Perkhidmatan kereta golf elektrik itu ditawarkan di bahagian bumbung Masjidil Haram bagi memudahkan jemaah berkeperluan khas, terutamanya warga emas dan golongan kurang upaya (OKU).

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, jemaah yang mahu mendapatkan perkhidmatan kereta golf itu boleh mengaksesnya melalui pintu masuk eskalator Ajyad, lif Raja Abdulaziz dan lif Umrah.

Waktu operasi dibuka selama 12 jam setiap hari, iaitu dari 4.00 petang hingga 4:00 pagi.

بعد إثبات فعاليتها في الطواف.. إتاحة خدمة عربات القولف الكهربائية في السعي للتيسير على ضيوف الرحمن.#المسجد_الحرام https://t.co/gLFacVGHis pic.twitter.com/6uD8B8cDFg

— الهيئة العامة للعناية بشؤون الحرمين (@AlharamainSA) March 27, 2024

Difahamkan, perkhidmatan tersebut hanya disediakan untuk tawaf sahaja, dengan caj dikenakan sebanyak SR25 (~RM31.50) bagi setiap orang. Terdapat 50 kereta golf disediakan dengan kapasiti setiap satu boleh membawa 10 jemaah.

Sementara itu, tiket bagi perkhidmatan ini boleh didapati di kawasan bumbung Masjidil Haram.

Sumber: Saudi Gazette

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY