Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mampu Hasil EV Dalam 1 Jam, Toyota Sasar 600K Kereta Elektrik Pada 2025

Kereta Generasi Baharu Toyota Akan Dilengkapi Superkomputer Dan Sistem AI Nvidia

Diterbitkan Januari 13, 2025 · Dikemas kini Januari 13, 2025 oleh ariff bukhari

Toyota di CES 2025 mengumumkan bahawa kenderaan generasi baharunya akan dilengkapi dengan teknologi pemanduan automatik menggunakan superkomputer Nvidia Drive AGX Orin dan sistem operasi keselamatan, DriveOS.

DriveOS menawarkan pemprosesan AI masa nyata yang selamat dan integrasi ciri pemanduan serta kokpit canggih.

Sistem ini adalah sebahagian daripada rangkaian alat Nvidia untuk kenderaan autonomi, termasuk Nvidia DGX untuk melatih model AI dan Nvidia Omniverse untuk simulasi dan pengujian perisian.

Toyota telah menggunakan teknologi Nvidia sejak 2019 lagi untuk membangunkan dan mengesahkan teknologi kenderaan autonominya. Kerjasama tersebut kini diperluas ke dalam kenderaan mereka.

Selain Toyota, syarikat lain seperti Aurora Innovation dan Continental turut bekerjasama dengan Nvidia untuk membangunkan trak autonomi menggunakan sistem Drive Thor.

Nvidia menjangka perniagaan automotifnya akan mencapai nilai $5 bilion menjelang tahun fiskal 2026.

Berkaitan

  • Toyota Demonstrasikan Teksi Udara Berkuasa Elektrik Pertamanya Di Jepun, Mampu Terbang Selaju 321Km/j
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • NVIDIA Perkenalkan Superkomputer AI Terkecil Di Dunia, Harga Bermula ~RM13,500

Sumber: TechCrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY