Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Toyota Demonstrasikan Teksi Udara Berkuasa Elektrik Pertamanya Di Jepun, Mampu Terbang Selaju 321Km/j

Toyota Demonstrasikan Teksi Udara Berkuasa Elektrik Pertamanya Di Jepun, Mampu Terbang Selaju 321Km/j

Diterbitkan November 8, 2024 · Dikemas kini November 8, 2024 oleh ariff bukhari

Toyota Motor Corporation (Toyota) dan Joby Aviation (Joby) telah menunjukkan keupayaan teksi udara Joby, pesawat berlepas dan mendarat menegak elektrik (eVTOL) di Pusat Teknikal Higashi-Fuji Toyota (Shizuoka, Jepun) baru-baru ini.

Kedua-dua syarikat itu berjaya membuat penerbangan berhampiran Gunung Fuji yang mempamerkan tahap bunyi rendah pesawat itu.

Pembuat kereta Jepun itu telah menjalin kerjasama dengan Joby selama 7 tahun dan pada bulan Oktober lepas, mereka komited untuk melabur sebanyak $500 juta lagi dalam syarikat yang berpangkalan di California itu, menjadikan jumlah sokongannya kepada $894 juta.

Jurutera Toyota kini bekerjasama rapat dengan pasukan Joby dan pada 2023 syarikat itu menandatangani perjanjian jangka panjang untuk Toyota membekalkan komponen penjana kuasa dan penggerak untuk pesawat itu.

Teksi udara elektrik Joby direka untuk membawa juruterbang dan empat penumpang yang mampu terbang pada kelajuan sehingga 200 mph (~321km/j).

Ia menawarkan mobiliti berkelajuan tinggi dengan pelepasan sifar dan kurangkan pencemaran bunyi..

Perkhidmatan mobiliti baharu ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, meminimumkan kesan alam sekitar, dan menyediakan penyelesaian pengangkutan untuk kawasan bandar dan luar bandar.

Ia menunjukkan potensi untuk menangani pelbagai cabaran pengangkutan di Jepun dan di seluruh dunia.

Berkaitan

  • Teknologi Wayarles Ciptaan Syarikat Norway Ini Menang Anugerah Pencapaian Elektronik Dunia 2024
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Audi Lancarkan Jenama AUDI Di China, Perkenal EV Yang Boleh Dicas 10 Minit Beri Julat 370 Km

Sumber: Joby, Toyota

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY