Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bukit Raja Selatan Sorting Centre

SPX Express Lancar Pusat Logistik Pintar Dengan Teknologi AI Dan IoT Di Bukit Raja

Diterbitkan Oktober 22, 2025 · Dikemas kini Oktober 22, 2025 oleh ariff bukhari

SPX Express (SPX) melancarkan Bukit Raja Selatan Sorting Centre, kemudahan logistik serba canggih yang bernilai RM63.2 juta.

Fasiliti seluas 30,000 meter persegi ini adalah bagi memperkukuh infrastruktur e-dagang di Malaysia di mana ia mampu mengendalikan sehingga dua juta bungkusan sehari serta mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan baharu.

Dilengkapi teknologi Automated Sorting Machine (ASM), AI dan Internet of Things (IoT), pusat ini meningkatkan kecekapan operasi sehingga 80%, membolehkan penghantaran lebih pantas — dari penerimaan hingga penghantaran dalam tempoh kurang lapan jam.

Bukit Raja Selatan Sorting Centre
Bukit Raja Selatan Sorting Centre
Bukit Raja Selatan Sorting Centre

Langkah ini menyokong aspirasi Rancangan Malaysia ke-13 ke arah ekonomi digital berpendapatan tinggi, selain membantu PKS mengembangkan capaian pelanggan di seluruh negara.

SPX dalm satu kenyataan berkata, mereka komited meneruskan pelaburan dalam teknologi dan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memperkukuh ekosistem logistik serta ekonomi digital Malaysia.

Berkaitan

  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • AKASO Tawar Diskaun Dan Hadiah Percuma Untuk Pembelian Kamera Aksi
  • Huawei Malaysia, OpenRE Bangunkan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY