Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
menara pencawang telco_

Fahmi Mahu CEO Telco Turun Padang Lihat Sendiri Masalah Penduduk

Diterbitkan Julai 6, 2026 ยท Dikemas kini Julai 6, 2026 oleh Amalina Athman

Syarikat telekomunikasi (telco) yang masih culas dalam menangani masalah internet di luar bandar akan dipanggil Kementerian Komunikasi bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Memetik laporan Bernama, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah itu bertujuan mendapatkan penjelasan daripada syarikat telco, selain mempercepat usaha penambahbaikan di kawasan yang masih berdepan masalah capaian internet.

“Saya lihat ada satu sikap di pihak telco, mereka culas… kita mempunyai data dan kita tahu mereka juga mempunyai data tetapi saya rasa data ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Rakyat mengharapkan 5G tetapi tahap kelajuan mereka menyelesaikan masalah pelanggan mereka mungkin pada tahap 2G ataupun Edge,” katanya selepas meninjau masalah telekomunikasi di Kampung Parit Jepon, Bukit Naning.

Fahmi berkata beliau turut membawa Pengarah MCMC Johor, Syed Isa Shekh Alsagoff, bagi meninjau sendiri keadaan di kawasan berkenaan susulan aduan penduduk mengenai masalah liputan telekomunikasi.

Beliau berkata MCMC akan mengeluarkan notis kepada syarikat telco supaya segera melaksanakan kerja pengoptimuman liputan, memandangkan terdapat menara telekomunikasi di kawasan berkenaan tetapi isyaratnya masih gagal meliputi kawasan sekitar.

Mengulas isu sama di kawasan lain yang sedang pesat membangun, Fahmi berkata perkara itu akan dibangkitkan dalam pertemuan bersama syarikat telco kerana masih terdapat lokasi yang belum dimasukkan dalam perancangan naik taraf rangkaian di bawah program berkaitan, termasuk Jalinan Digital Negara (JENDELA).

“Saya datang sendiri susulan arahan Perdana Menteri supaya menteri-menteri turun padang melihat keadaan sebenar. Kalau boleh, CEO telco juga patut bersama dengan saya supaya mereka sendiri merasai kesukaran yang dihadapi penduduk apabila talian komunikasi sering terganggu,” katanya.

Berkaitan

  • Aplikasi MCMC Nexus Kini Rasmi Dilancarkan - Mudahkan Pengguna Uji Kelajuan Sambungan Internet
  • U Mobile Diiktiraf Malaysia Book of Records Bagi Pelancaran Rangkaian 5G Terpantas
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • DNB Sahkan U Mobile Rasmi Keluar Daripada Rangkaian 5G Miliknya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY