Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
media sosial

Pengaruh Media Sosial Makin Kuat Dalam Keputusan Pembelian Rakyat Malaysia

Diterbitkan Julai 22, 2025 oleh Amsyar Latif

Laporan terbaru Mastercard mendapati bahawa 99% rakyat Malaysia berkemungkinan besar akan menggunakan kaedah pembayaran digital yang baru dalam tempoh setahun akan datang. Kajian ini menunjukkan Malaysia berada di barisan hadapan dalam penerimaan inovasi pembayaran berbanding rantau lain seperti Amerika Utara (25%) dan Eropah (24%).

Sebanyak 63% rakyat Malaysia kini lebih gemar menggunakan kaedah seperti pembayaran mudah alih Tap & Go, biometrik, kod QR dan dompet digital berbanding kaedah tradisional seperti wang tunai atau masukan kad secara manual. Walaupun wang tunai masih dominan (digunakan oleh 70% pengguna tahun lepas), penggunaan pembayaran digital dijangka meningkat pesat.

Sebagai contoh, 86% dijangka akan menggunakan perkhidmatan pembayaran segera, 85% menggunakan kod QR dan 83% menggunakan dompet digital dalam masa terdekat.

Rakyat Malaysia juga mahukan lebih banyak pilihan. Seramai 93% menyatakan mereka mungkin akan menggunakan lima atau lebih kaedah pembayaran berbeza dalam masa 12 bulan akan datang. Minat terhadap penggunaan teknologi kewangan berasaskan AI turut tinggi, dengan 89% pengguna terbuka untuk menggunakan AI dalam pengurusan kewangan seperti pengesanan penipuan, automasi pembayaran dan ramalan kewangan.

Sebanyak 91% bersetuju bahawa keadaan kewangan mereka mempengaruhi pilihan kaedah pembayaran, manakala 92% mahu syarikat memudahkan proses pembelian.

Super app semakin popular, dengan 75% rakyat Malaysia mahu satu aplikasi untuk urus pembayaran, pembelian dan banyak lagi. Generasi muda, khususnya Gen Z dan Milenial, lebih cenderung membeli melalui aplikasi sosial berbanding laman web peniaga.

Malah, 72% rakyat Malaysia mengatakan pengaruh media sosial mempengaruhi keputusan pembelian mereka.

Dari segi keselamatan, 72% menganggap pembayaran biometrik lebih selamat, namun 84% masih bimbang tentang siapa yang mengakses data mereka. Ini menunjukkan keperluan untuk sistem keselamatan yang ringkas, tapi tetap memberi kawalan kepada pengguna.

Berkaitan

  • Maybank Perkenal ‘Mastercard Global Access Debit Card’ – Ketahui Ini Sebelum Mohon
  • Bayar 'Online' Tanpa Nombor Kad — Inilah Rancangan Mastercard Menjelang 2030
  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • RUUKP 2025 Diluluskan, BNPL Kini Akan Dikawal Selia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Bawa Pulang Produk Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY