Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Menteri Besar Pahang

Kerajaan Pahang Akan Bangunkan Pusat Data AI

Diterbitkan Januari 17, 2025 ยท Dikemas kini Januari 17, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan Pahang akan membangunkan Pusat Data Kecerdasan Buatan (AIDC) sebagai platform baharu perniagaan dalam talian berasaskan produk pertanian, yang dijangka mula dilaksanakan pada Januari 2026.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk tempatan untuk pemasaran domestik dan global.

“Projek menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) ini akan memanfaatkan teknologi pengkomputeran awan dan teknologi kecerdasan buatan (AI) melalui pembangunan pusat data pengkomputeran pintar berskala besar serantau dan menggalakkan pembangunan industri digital negara..”

Wan Rosdy berkata, kerajaan Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) juga bersetuju membangunkan projek perumahan Pangsapuri Pahangku di kawasan berhampiran stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Bentong.

Beliau berkata projek itu merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri dalam menyediakan perumahan mampu milik dan selesa kepada rakyat Pahang khususnya kepada golongan muda selain memanfaatkan sistem pengangkutan ECRL.

Dalam pada itu, kerajaan negeri Pahang telah merangka pembangunan berorientasi transit (TOD) di setiap stesen ECRL seperti pusat komersial, perumahan, pusat pendidikan serta projek komuniti.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Sime Darby Rasmi Memeterai Perjanjian Untuk Bangunkan Pusat Data Kedua Di Elmina
  • Pahang Mahu Jadi Hab Pemasangan Dan Pembuatan EV
  • Media Prima Melancarkan Versi Azan Guna Teknologi AI

Sumber: Wan Rosdy Wan Ismail

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY