Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bantuan one off sara rm100 palsu_

Kerajaan Nafi Dakwaan Agihan SARA RM100 ‘One-Off’ Sempena Hari Kebangsaan – Poster Tular Disahkan Palsu

Diterbitkan Ogos 5, 2026 oleh Amalina Athman

Kementerian Kewangan (MOF) menafikan dakwaan yang tular di media sosial mengenai pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 secara one-off kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

Menurut MOF, poster yang tersebar itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh kementerian. Malah, tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat berhubung pemberian SARA seperti yang didakwa.

bantuan one off sara rm100 palsu_2
Maklumat palsu yang tersebar mengenai pemberian SARA sempena Hari Kebangsaan.

Terdahulu, tular di media sosial satu poster yang mendakwa bantuan RM100 itu akan disalurkan melalui MyKad bermula 15 Ogos hingga 31 Ogos 2026 sempena Hari Kebangsaan dan boleh digunakan untuk membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai. Bagaimanapun, MOF menegaskan semua maklumat tersebut adalah tidak benar.

Sehubungan itu, orang ramai diminta supaya tidak mempercayai atau menyebarkan poster berkenaan. MOF turut mengingatkan agar sebarang maklumat berkaitan bantuan kerajaan disemak terlebih dahulu melalui saluran rasmi kementerian bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Sebelum Semak Kelayakan BUDI Diesel, Ini Yang Perlu Diketahui
  • Kerajaan Kaji Penggunaan SARA Melalui Pembayaran Kod QR Di Pasar Tamu, Pasar Tani

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY