Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5G malaysia__

Kerajaan Nafi Beri Kontrak Rangkaian 5G Kedua Kepada Huawei

Diterbitkan Oktober 9, 2023 oleh Amalina Athman

Kerajaan tidak memberikan kontrak rangkaian 5G kedua kepada mana-mana pihak secara rundingan terus.

Berkaitan

  • Rangkaian Kedua 5G Untuk Saingi DNB? Ini Jawapan Fahmi Fadzil
  • Rasmi: DNB Kekal Sediakan 5G Sehingga Hujung 2023, Beralih Ke Sistem Dwirangkaian Tahun Depan
  • Entiti Swasta Dijangka Ambil Alih DNB Setelah Capai 80% Liputan 5G
  • Rangkaian 5G DNB Akan Terus Diguna Walau Beralih Ke Dwirangkaian 5G - Fahmi

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menafikan kontrak berkenaan telah diberikan kepada gergasi telekomunikasi China, Huawei secara rundingan terus. Sebaliknya, mana-mana pihak yang ingin membuat bidaan boleh melakukannya apabila tiba masa, melalui tender terbuka.

Menurutnya, mana-mana pihak yang dapat memberi perkhidmatan pada harga rendah akan menang bidaan. Namun, buat masa ini belum ada apa-apa mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis penutup Sidang Kemuncak Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) Malaysia 2023 anjuran Huawei Technologies bulan lepas telah disalah tafsir.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan peralihan kepada dwirangkaian 5G setelah mencapai 80% liputan kawasan berpenduduk menjelang 2024.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY