Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dnb digital nasional berhad

Rangkaian Kedua 5G Untuk Saingi DNB? Ini Jawapan Fahmi Fadzil

Diterbitkan April 17, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Drama berkaitan 5G di Malaysia diteruskan dengan episod baharu. Beberapa jam lalu, kami ada kongsikan laporan mendakwa kerajaan akan perkenal rangkaian kedua untuk 5G dan ia berasingan daripada DNB.

Laporan tersebut boleh dibaca di SINI.

Berkaitan

  • Senarai Prabayar Dan Pascabayar Yang Disertakan 5G Sekarang
  • Ini Kesemua Pelan Prabayar Dan Pascabayar Yang Ada 5G Di Malaysia Sekarang
  • Kerajaan Tidak Patut Terlibat Dalam Perniagaan 5G - Datuk Seri Johari Abdul Ghani
  • Pelaksanaan 5G Patutnya Diuruskan TM, Bukan DNB - Datuk Seri Johari Ghani
  • Hanya 1% Pengguna 5G Di Malaysia - GSMA
  • Rangkaian 5G Kini Capai 55% Kawasan Berpenduduk - Fahmi Fadzil
  • Kerajaan Dilapor Rancang Perkenal Rangkaian 5G Kedua Untuk Pecah Monopoli

Untuk makluman, DWN merujuk pada dual wholesale network yang bermakna ada satu lagi konsortium/syarikat yang berperanan seperti DNB.

dnb digital nasional berhad 5g

DNB ditubuhkan untuk melaksanakan infrastruktur 5G di Malaysia melalui model SWN (single wholesale network) yang bermakna ia menjadi satu-satunya pemborong dan syarikat telekomunikasi perlu melanggan daripadanya untuk perkhidmatan 5G.

dnb digital nasional berhad 1

Terbaru, Menteri KKD Fahmi Fadzil memberi jawapan berkenaan laporan daripada Reuters tersebut.

Kata beliau, kerajaan masih lagi menilai dan berbincang dengan semua pihak berkaitan berkenaan isu itu.

Kerajaan belum memuktamadkan lagi keputusan berkenaan status DNB dan pelaksanaan 5G dan semua perlu menunggu pengumuman rasminya, tambah Fahmi.

ericsson dnb

Setiausaha Akhbar KKD juga dalam laporan oleh Reuters telah mengesahkan ia masih pada tahap perbincangan.

Cadangan berkaitan pelaksanaan 5G dijadual akan diserah pada mesyuarat Kabinet pada hari Rabu ini.

Menurut Reuters, pengenalan rangkaian kedua 5G bertujuan untuk memberi saingan pada monopoli DNB dalam pasaran 5G.

maxis 5g

Maxis mungkin akan menjadi sebahagian daripada rangkaian kedua ini jika benar DWN terlaksana memandangkan ia satu-satunya syarikat telekomunikasi yang belum menandatangani perjanjian dengan DNB.

Sumber: Reuters, Malay Mail

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY