Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Entiti Swasta Dijangka Ambil Alih DNB Setelah Capai 80% Liputan 5G

Entiti Swasta Dijangka Ambil Alih DNB Setelah Capai 80% Liputan 5G

Diterbitkan Mei 8, 2023 · Dikemas kini Mei 9, 2023 oleh Amalina Athman

Minggu lalu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengumumkan Digital Nasional Berhad (DNB) akan kekal sebagai pemborong tunggal dalam pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia, sehingga mencapai 80% liputan menjelang akhir tahun ini. Setelah itu, ia akan beralih kepada model dwirangkaian bermula 2024.

Terbaharu, menerusi bual bicara di Bernama TV, Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Dato’ Mohd Ali Hanafiah menjelaskan setelah mencapai 80% liputan kelak, entiti A dijangka akan mengambil alih DNB serta kerajaan merancang untuk melupuskan semua pegangan.

Berkaitan

  • Rasmi: DNB Kekal Sediakan 5G Sehingga Hujung 2023, Beralih Ke Sistem Dwirangkaian Tahun Depan
  • CelcomDigi Tamatkan Perjanjian Langganan Saham Dengan DNB

Seterusnya, entiti A berkenaan akan diswastakan dan bukan lagi milik kerajaan. Sebagai tambahan, Mohd Ali menyatakan kerajaan juga tidak mempunyai penglibatan atau ekuiti bagi entiti B.

Bahasa mudahnya, apabila mencapai 80% liputan rangkaian 5G kelak, kerajaan tidak lagi mempunyai kepentingan dan kedua-dua entiti akan menjadi syarikat swasta sepenuhnya.

Sumber: BERNAMA TV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY