Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rangkaian 5G DNB Akan Terus Diguna Walau Beralih Ke Dwirangkaian 5G – Fahmi

Rangkaian 5G DNB Akan Terus Diguna Walau Beralih Ke Dwirangkaian 5G – Fahmi

Diterbitkan Mei 17, 2023 ยท Dikemas kini Mei 17, 2023 oleh Amalina Athman

Rangkaian 5G yang dibangunkan Digital Nasional Bhd (DNB) akan terus digunakan sebagai salah satu daripada dua rangkaian 5G negara apabila negara beralih kepada model dwirangkaian 5G kelak.

Berkaitan

  • Rasmi: DNB Kekal Sediakan 5G Sehingga Hujung 2023, Beralih Ke Sistem Dwirangkaian Tahun Depan
  • Entiti Swasta Dijangka Ambil Alih DNB Setelah Capai 80% Liputan 5G
  • Peta DNB Kembali Aktif, Kini Anda Boleh Semak Liputan 5G Seluruh Malaysia

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menjelaskan langkah itu selari dengan penubuhan DNB yang bertujuan untuk mempercepat pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini.

Untuk rekod, DNB telah berjaya membangunkan rangkaian 5G di 59.5% kawasan berpenduduk di negara ini, sehingga April 2023.

Lanjutan itu, ia akan kekal beroperasi dan terus diperluas melangkaui 80% liputan kawasan berpenduduk.

Sementara itu, Fahmi berkata bermula awal tahun hadapan, entiti kedua yang akan diwujudkan bakal memulakan pembangunan satu lagi rangkaian 5G untuk negara.

Tambahnya, keputusan memperkenal rangkaian kedua 5G melalui satu entiti baharu itu selain menukar model pelaksanaan daripada rangkaian borong tunggal (SWN) kepada dwirangkaian tidak akan memberi kesan buruk kepada pengguna.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY