Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan Kaji Pelaksanaan Sistem Alamat Nasional Untuk Urus Lebih 12 Juta Alamat Di Seluruh Negara

Kerajaan Kaji Pelaksanaan Sistem Alamat Nasional Untuk Urus Lebih 12 Juta Alamat Di Seluruh Negara

Diterbitkan Januari 7, 2025 ยท Dikemas kini Januari 7, 2025 oleh ariff bukhari

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan sedang melaksanakan Kajian Pelaksanaan Sistem Alamat Nasional (NAS) untuk membentuk sistem pengalamatan autoritatif, seragam, dan bersepadu di peringkat kebangsaan.

NAS akan menjadi rujukan utama kerajaan bagi mengurus lebih 12 juta alamat di seluruh negara, mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar, dan melindungi kedaulatan data geospatial negara.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyatakan bahawa NAS akan meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam, menyokong ekonomi digital, dan mengurangkan kos tahunan lebih RM700 juta untuk perkhidmatan geospatial luar negara.

NAS juga diiktiraf sebagai komponen penting dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan Dasar 4IR Negara.

Kerjasama strategik dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan pihak berkuasa tempatan sedang dijalankan untuk mengatasi cabaran pengurusan alamat tidak seragam, terutama di kawasan luar bandar.

NAS dijangka memberi manfaat besar kepada sektor kurier, logistik, pembangunan bandar pintar, dan pertahanan negara.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • AS Masukkan Tencent Dan CATL Ke Dalam Senarai Firma Yang Didakwa Bantu Tentera China
  • Apple Dan Google Terpaksa Buang 6 Aplikasi VPN Ini Dari Stor Mereka Di India

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Claude Duet Boleh Terus Buat Kerja Walaupun Komputer Dimatikan
  • MyCERT: Scam "Bantuan TnG" Menyamar Sebagai TNG Digital, Sasar Ambil Alih Akaun Telegram
  • Pepijat Kritikal PHP2Shell Ancam Hampir 70% Laman Web Dunia, Tahap Bahaya Dinilai 9.2/10
  • EA Tutup Studio Bioware, 400 Pekerja Bakal Terjejas
  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
©2026 WISER.MY