Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vpn ios scam

Apple Dan Google Terpaksa Buang 6 Aplikasi VPN Ini Dari Stor Mereka Di India

Diterbitkan Januari 7, 2025 ยท Dikemas kini Januari 7, 2025 oleh ariff bukhari

Beberapa aplikasi VPN, termasuk Cloudflare 1.1.1.1 yang popular dalam kalangan pengguna VPN telah dikeluarkan dari stor aplikasi Apple dan Google.

Tindakan itu dibuat atas arahan kerajaan India sebagai pelaksanaan pertama peraturan VPN 2022 yang dikuatkuasakan kerajaan tersebut.

Selain Cloudflare, aplikasi VPN lain yang turut terjejas dengan penguatkuasaan ini termasuklah Hide.me dan PrivadoVPN.

Sebelum ini, penyedia VPN utama seperti NordVPN, ExpressVPN, dan SurfShark telah menentang peraturan ini dengan menarik infrastruktur pelayan mereka dari India, walaupun mereka masih beroperasi untuk pelanggan di negara itu.

Peraturan ini mewajibkan penyedia VPN menyimpan rekod terperinci pelanggan, seperti nama, alamat, dan alamat IP, selama lima tahun.

Walau bagaimanapun, peraturan ini dikecualikan untuk VPN korporat dan perusahaan.

Menteri IT India pada waktu pelaksanaannya, Rajeev Chandrasekhar, menyatakan penyedia yang enggan mematuhi peraturan perlu keluar dari pasaran negara itu.

Berkaitan

  • Badan Agama Pakistan Isytiharkan Penggunaan VPN Adalah Bertentangan Dengan Syariah
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Anggota JPJ Bakal Guna Kamera Badan - Menteri Pengangkutan

Sumber: Times of India

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY