Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siapa Itu Tencent? Pembangun ‘Games’ Terbesar Di Dunia

AS Masukkan Tencent Dan CATL Ke Dalam Senarai Firma Yang Didakwa Bantu Tentera China

Diterbitkan Januari 7, 2025 · Dikemas kini Januari 7, 2025 oleh ariff bukhari

Jabatan Pertahanan A.S. telah menambah beberapa syarikat teknologi China, termasuklah Tencent Holdings, CATL, Changxin Memory Technologies, Quectel Wireless dan Autel Robotics ke dalam senarai syarikat yang didakwa ada kaitan dengan tentera China.

Senarai itu yang  dikenali sebagai “Section 1260H list,” kini menyenaraikan sejumlah 134 syarikat, menurut dokumen rasmi.

Ejoran itu, beberapa syarikat yang disenaraikan, termasuk Tencent dan CATL telah respon dengan menafikan tuduhan tersebut.

Mereka menegaskan bahawa mereka tidak terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan ketenteraan.

Penyenaraian ini, walaupun tidak disertai larangan segera, boleh menjejaskan reputasi syarikat terlibat dan memberi amaran kepada entiti A.S. mengenai risiko berurusan dengan syarikat-syarikat tersebut.

Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha Washington untuk mengehadkan pengaruh syarikat China yang dianggap berisiko kepada keselamatan AS.

Pakar menyatakan bahawa tindakan ini mencerminkan usaha A.S. untuk melindungi teknologi sensitif daripada menyokong pemodenan ketenteraan China.

Selain itu, syarikat lain seperti MGI Tech dan Origincell Technology turut disenaraikan, manakala enam syarikat, termasuk Beijing Megvii Technology dan China Railway Construction Corporation pula telah dikeluarkan dari senarai tersebut.

Sebelum ini, pembuat dron DJI dan pembuat Lidar Hesai Technologies dari China telah bertindak menyaman Pentagon tahun lepas kerana disenarai hitam oleh AS.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Anda Kini Boleh Bayar Saman Melalui Aplikasi MyJPJ, Ini Caranya
  • Bayar Saman Anda Dengan Diskaun Di Aplikasi MyJPJ Bermula Hari Ini

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Maps Di Apple CarPlay Kini Mula Terima Gemini AI
  • Bekalan Logam Yttrium Terhenti Ancam Industri Semikonduktor Dan Elektronik Jepun
  • Claude Duet Boleh Terus Buat Kerja Walaupun Komputer Dimatikan
  • MyCERT: Scam "Bantuan TnG" Menyamar Sebagai TNG Digital, Sasar Ambil Alih Akaun Telegram
  • Pepijat Kritikal PHP2Shell Ancam Hampir 70% Laman Web Dunia, Tahap Bahaya Dinilai 9.2/10
  • EA Tutup Studio Bioware, 400 Pekerja Bakal Terjejas
  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
©2026 WISER.MY