Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
media sosial_wisermy

Impak Penetapan Had Umur Guna Media Sosial Perlu Analisis Lebih Teliti – Fahmi

Diterbitkan Mac 5, 2025 oleh Amalina Athman

Impak penetapan had umur penggunaan platform media sosial di Malaysia perlu analisis lebih teliti, khususnya melibatkan kajian dan penilaian sosial seperti kesan psikologi dan perbezaan akses kepada maklumat serta komunikasi antara kanak-kanak dan remaja.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata analisis juga perlu dilaksanakan mengenai bagaimana ia akan mempengaruhi perkembangan mereka.

Ini adalah kerana penggunaan platform media sosial dan pesanan Internet secara meluas dalam kalangan kanak-kanak, terutama pelajar yang menggunakan platform media sosial bagi tujuan pembelajaran dan mendapatkan maklumat.

Beliau menjelaskan perkara itu ketika menjawab pertanyaan sama ada kerajaan mempunyai perancangan untuk menggubal rang undang-undang bagi menetapkan had umur pemilikan akaun media sosial.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata ibu bapa dan penjaga perlu memainkan peranan sebagai gatekeeper dan mengambil tanggungjawab lebih serius dalam memantau dan mengawasi aktiviti dalam talian kanak-kanak.

Menurutnya, pada masa ini had umur minimum pengguna media sosial adalah berdasarkan terma dan syarat serta garis panduan komuniti yang ditetapkan oleh platform media sosial.

Kebanyakannya menetapkan had umur 13 tahun bagi mematuhi peraturan perlindungan data dan keselamatan pengguna seperti yang digariskan dalam Children’s Online Privacy Protection Act (COPPA) di Amerika Syarikat, dan dikuti oleh negara lain.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • MCMC Terbitkan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) Untuk Penyedia Perkhidmatan Pesanan Internet Dan Media Sosial
  • Kerajaan Tak Berhasrat Hadkan Umur Untuk Akses Media Sosial - Fahmi
  • Kerajaan Bakal Wujudkan Platform Aduan, Cabar Tindakan Turunkan Kandungan Media Sosial

Sumber: Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY