Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tengku Zafrul_1

Kerajaan Bincang Konsep Pasport Bateri EV

Diterbitkan Mei 13, 2024 · Dikemas kini Mei 13, 2024 oleh Amalina Athman

Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC) dalam mesyuarat baru-baru ini telah membincangkan konsep Pasport Bateri EV, di mana semua bateri kenderaan itu perlu mempunyai ID.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Ni Hsin Lancar 2 Model Motosikal EV Baharu Berprestasi, Harga Bermula RM19,900
  • China Bina Bateri Gergasi Saiz Bangunan, Penyelesaian Pengecasan Semula EV

Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri Tengku Zafrul Aziz berkata di bawah konsep ini, ia dapat memastikan semua bateri kenderaan elektrik (EV) yang telah tamat hayatnya dapat dikesan dan dikitar semula selaras dengan konsep ekonomi kitaran.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa sebanyak 268 stesen pengecas baharu telah beroperasi, menjadikan jumlah keseluruhan EV Charging Bay (EVCB) setakat bulan Mac sebanyak 2,288 unit.

Sasaran juga masih dikekalkan dengan 10,000 stesen pengecas, tetapi sasaran Pengecas Pantas DC kini dinaikkan dari 1,000 ke 1,500 pengecas.

Di sisi yang lain, Tengku Zafrul berkata hampir 11,000 unit kenderaan BEV dan hibrid telah dijual sehingga Mac 2024.

Sumber: Tengku Zafrul

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY