Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ni Hsin Lancar 2 Model Motosikal EV Baharu Berprestasi, Harga Bermula RM19,900

Ni Hsin Lancar 2 Model Motosikal EV Baharu Berprestasi, Harga Bermula RM19,900

Diterbitkan Mei 10, 2024 · Dikemas kini Mei 10, 2024 oleh ariff bukhari

Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd (NH EV Tech) baru-baru ini telah melancarkan 2 buah model motosikal elektrik jenama VMoto untuk pasaran Malaysia, iaitu TC Max dan CPx Pro.

TC Max yang merupakan motosikal dengan gaya naked yang menggunakan lampu LED bulat di hadapan, dipacu oleh motor elektrik yang mampu memberikan kuasa maksimum 5.1 kW/6.8 hp dan tork setinggi 160 Nm dari bateri lithium polimer 72V 45 Ah 3.24 kWh.

TC Max
Model di atas adalah TC Max Night Edition yang dijual di UK. Mampu memberikan jarak sehingga 95km dan mencapai kelajuan maksimum 95km/j.

Manakala model CPx Pro adalah skuter EV yang dilengkapi dua bateri 60V 45Ah (2.7Kwh). Sekaligus mampu memberikan jarak perjalanan sehingga  220km dan memecut selaju 105km/j.

CPx Pro
Setiap satu bateri CPx Pro ini memerlukan masa pengecasana sehingga 3.5 jam untuk ia di cas penuh.

Harga yang tetapkan untuk TC Max dan CPx Pro ini adalah RM19,900 dan RM25,900 dengan jaminan selama dua tahun.

NH EV Tech merupakan pengedar tunggal bagi motosikal elektrik VMoto Ltd dari Australia.

Seperti semua sedia maklum, Kerajaan kini sedang menawarkan rebat bernilai RM2,400 ke atas setiap pembelian motosikal elektrik menerusi Skim Galakan Motosikal Elektrik MARiiCas.

Malah Pembeli awal yang membeli salah satu dari model motosikal EV ini turut akan mendapat diskaun sehingga RM1,000 serta hadiah percuma bernilai RM200.

Ni Hsin Lancar 2 Model Motosikal EV Baharu Berprestasi, Harga Bermula RM19,900

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Ini 10 Model Skuter Elektrik Yang Layak Terima Rebat RM2400
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Paul Tan, EBixon Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY