BlackBerry Limited hari ini mengumumkan bahawa ia telah diiktiraf dengan anugerah berprestij untuk Inovasi Keselamatan Siber (Perkhidmatan) di Anugerah Keselamatan Siber Malaysia 2024, yang diumumkan semasa CyberDSA pada 6 Ogos 2024 lepas.
Anugerah ini sekali gus mengiktiraf komitmen BlackBerry untuk membina kapasiti, meningkatkan daya tahan siber dan menyokong perjalanan Malaysia untuk menjadi negara digital yang selamat.
Berdasarkan tiga bidang penilaian – inovasi produk, pendidikan dan perkhidmatan – kemenangan anugerah BlackBerry dikaitkan dengan kejayaan penubuhan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber (CCoE) baharu di Cyberjaya untuk melatih dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja siber, portfolio penyelesaian dan perkhidmatan keselamatan siber.
Komitmen BlackBerry untuk melindungi infrastruktur digital Malaysia dibuktikan lagi menerusi laporan yang diterbitkan mereka baru-baru ini mengenai trend Rantaian Bekalan Perisian.
Tinjauan itu menyerlahkan jurang yang ketara dalam rantaian bekalan digital Malaysia yang saling berkaitan serta keperluan pematuhan yang diperlukan untuk meningkatkan daya tahan siber dan kepercayaan dalam sektor utama seperti pembuatan.
{suggest}
Sumber: Siaran media BlackBerry