Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sistem MySubsidi Diesel KPDN

Kerajaan Akan Perkenal Sistem MySubsidi Diesel Bermula 1 Februari 2024

Diterbitkan Januari 11, 2024 oleh ariff bukhari

Kerajaan hari ini memaklumkan, akan melaksanakan pemberian kuota diesel bersubsidi kepada Sektor Pengangkutan Terpilih.

Dalam kenyataan media Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyatakan, pelaksanaan itu dibuat menerusi projek rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) yang merangkumi empat sektor terpilih iaitu:

  1. Sektor Pengangkutan Darat (Awam);
  2. Sektor Pengangkutan Darat (Barangan);
  3. Sektor Bot Penumpang Sungai; dan
  4. Sektor Feri/bot Ke Pulau-Pulau Utama.

Kuota diesel bersubsidi SKDS ini diberikan melalui dua saluran iaitu:

  1. Saluran Fleet Card – menggunakan Sistem MySubsidi Diesel KPDN; dan
  2. Saluran Skid Tank – permohonan dan pemprosesan adalah secara manual.

Pada ketika ini, hanya Sektor Pengangkutan Darat (Awam) menggunakan saluran Fleet Card.

Sektor Pengangkutan Darat (Awam) paling banyak menerima kuota SKDS iaitu sebanyak 67 peratus. Manakala tiga sektor yang lain termasuk Sektor Barangan (29 peratus) masih menggunakan saluran Skid Tank.

Mekanisme menggunakan Fleet Card ini adalah antara usaha untuk beralih ke teknologi digital dalam mengawal selia barang bersubsidi yang dipertanggungjawabkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Sistem MySubsidi Diesel KPDN

KPDN memberitahu, syarikat-syarikat barangan yang terlibat boleh memohon kuota melalui Sistem MySubsidi Diesel KPDN, dan seterusnya memohon Fleet Card daripada syarikat minyak yang menjadi pilihan mereka sendiri.

Selain menangani isu kenaikan harga barangan, perluasan penggunaan saluran Fleet Card kepada Sektor Barangan di bawah SKDS 2.0 juga adalah bagi menambah baik kaedah kawal selia dalam pemberian kuota diesel bersubsidi supaya hanya kenderaan yang layak dapat menikmati subsidi yang diberikan.

Sebanyak 6 syarikat telah terpilih untuk menjadi perintis menerima kuota melalui saluran Fleet Card yang berkuat kuasa pada 1 Februari 2024 nanti. Syarikat-syarikat perintis itu adalah:

  1. Perceptive Logistic Sdn. Bhd.
  2. Multimodal Freight Sdn. Bhd.
  3. Mun Chuen Transport Sdn. Bhd.
  4. Tan Swee Hee Sdn. Bhd.
  5. Sim Yew Enterprise Sdn. Bhd.
  6. Rantau Panjang Haulage Sdn. Bhd.

Projek Rintis ini bertujuan menguji Sistem MySubsidi Diesel KPDN dan juga sistem Fleet Card syarikat-syarikat minyak sebelum dilaksanakan kepada keseluruhan industri.

Berkaitan

  • Log Masuk Aplikasi MySejahtera Kini Boleh Guna MyDigital ID
  • Siri OPPO Reno11 Rasmi, Harga Bermula RM1,899
  • Status DNB Akhirnya Diputuskan, Di Bawah Kementerian Digital

Sumber: KPDN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY