Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MySejahtera MyDigital ID

Log Masuk Aplikasi MySejahtera Kini Boleh Guna MyDigital ID

Diterbitkan Januari 11, 2024 ยท Dikemas kini Januari 11, 2024 oleh Amalina Athman

Seperti diumumkan sebelum ini, kerajaan akan mula melaksanakan penggunaan Identiti Digital Nasional (MyDigital ID) sepenuhnya pada tahun 2024.

Terbaharu, aplikasi MySejahtera telah dikemas kini dengan sokongan log masuk menggunakan MyDigital ID.

Berkaitan

  • Bukan Pengganti MyKad, Ini Penjelasan Ringkas Tentang MyDigital ID

Ciri log masuk menggunakan MyDigital ID tersedia dalam kemas kini terbaharu aplikasi MySejahtera di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery.

Perlu diketahui, ciri ini tidak menggantikan kaedah sedia ada. Sebaliknya, ia merupakan cara tambahan selain log masuk menggunakan nombor telefon atau e-mel.

Log Masuk Aplikasi MySejahtera Kini Boleh Guna MyDigital ID

Untuk menggunakannya, pengguna perlu memastikan aplikasi MyDigital ID dipasang pada peranti, serta mendaftarnya terlebih dahulu.

Sementara itu, MIMOS sebelum ini berkata buat masa ini pendaftaran MyDigital ID dibuka kepada kakitangan dan pegawai kerajaan. Pendaftaran secara umum akan bermula pada Mac 2024.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY