Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri OPPO Reno11 Rasmi, Harga Bermula RM1,899

Siri OPPO Reno11 Rasmi, Harga Bermula RM1,899

Diterbitkan Januari 11, 2024 · Dikemas kini Januari 11, 2024 oleh ariff bukhari

OPPO hari ini secara rasminya melancarkan telefon pintar pertengahan terbaru mereka untuk pasaran mereka, siri OPPO Reno 11 5G.

Hadir dalam varian standard dan Pro, OPPO Reno11 5G (12GB RAM+storan 256GB) berharga RM1,899.

Manakala model Pro, OPPO Reno11 Pro 5G (12GB RAM+storan 512GB) pula berharga RM2,499.

OPPO Reno11 5G
OPPO Reno11 Pro 5G

Model OPPO Reno11 5G ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Wave Green dan Rock Grey. Manakala OPPO Reno11 Pro 5G pula ditawarkan dalam warna Pearl White dan Rock Grey.

Screenshot 2024-01-11 at 11.25.34 AM

Siri OPPO Reno11 dilengkapi skrin lengkung AMOLED 3D dengan kadar segar 120Hz dan 4 kamera (3 kamera dibelakang, 1 kamera hadapan) dengan kamera utamanya menggunakan lensa 50MP, 8MP ultra lebar, telefoto 32MP dan kamera swafoto 32MP.

Jadi, perbezaan ketara antara model standard dan pro OPPO Reno11 ini adalah saiz dan jenis storan, jenis RAM dan cip pemprosesan.

OPPO Reno11 Pro 5G dilengkapi dengan perkakasan yang lebih berkuasa di mana ia menggunakan jenis storan dan RAM yang lebih pantas iaitu UFS3.1 dan LPDDR5X @3200MHz dengan cip MediaTek Dimensity 8200.

Manakala model OPPO Reno11 standard pula menggunakan jenis storan UFS2.2 dan RAM LPDDR4x serta cip MediaTek Dimensity 7050.

Walau bagaimanapun, bateri bagi model standard OPPO Reno11 dimuatkan dengan bateri yang lebih besar, 5000mAh dengan pengecas SUPERVOOC 67W.

Sementara OPPO Reno11 Pro pula dimuatkan bateri berkapasiti 4600mAh tetapi dengan pengecas pantas SUPERVOOC 80W.

Siri OPPO Reno11 Rasmi, Harga Bermula RM1,899

Siri OPPO Reno11 boleh dibeli dari stor rasmi OPPO Malaysia di Shopee.

Berkaitan

  • Ubah Suai Rumah Anda Dan Dapatkan TV 4K Dan 'Soundbar' Samsung Dari CelcomDigi Secara Percuma
  • Liputan Rangkaian 5G Lepasi Sasaran, Peralihan Ke Dwirangkaian Bakal Diumum
  • HUAWEI FreeClip Kini Tersedia Dengan Teknologi AI Pada Harga RM899

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY