Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Trafik Data Selular IoT Diramal Melonjak Kepada 218.6 Juta TB

Trafik Data Selular IoT Diramal Melonjak Kepada 218.6 Juta TB

Diterbitkan Mei 4, 2026 · Dikemas kini Mei 4, 2026 oleh ariff bukhari

Omdia meramalkan trafik data selular daripada IoT (Internet benda) bakal melonjak kepada 218.6 exabyte (EB) atau bersamaan dengan 218.6 juta TB menjelang 2035.

Lonjakan itu didorong oleh keperluan analisis data untuk meningkatkan kecekapan dan hasil perniagaan dengan sektor automotif muncul sebagai penyumbang utama, di mana trafik infi hiburan dan kemas kini perisian dalam kenderaan menyaksikan dijangkakan meningkat daripada 30.7 EB pada 2025 kepada 135.4 EB menjelang 2035 nanti.

“Peningkatan bilangan kenderaan dengan ciri pintar, terutamanya info hiburan, akan menyebabkan trafik data IoT selular melonjak dalam dekad akan datang,” Alexander Thompson, Penganalisis Kanan Omdia.

Trafik Data Selular IoT Diramal Melonjak Kepada 218.6 Juta TB
Industri logistik turut berkembang pesat, manakala sektor lain menyumbang kurang daripada 29% selepas 2025 dengan trend baharu seperti remote vision (kamera dalam robot & mesin) serta AI agentik (komunikasi mesin-ke-mesin) mempercepatkan lagi penggunaan pemprosesan tepi dan rangkaian 5G.

Andrew Brown, Ketua Amalan untuk IoT di Omdia menambah, trend ini telah mewujudkan permintaan trafik data tambahan yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Dari segi geografi pula , Asia & Oceania mendahului dengan 50.6% trafik global pada 2025, hasil daripada penerapan teknologi awal dan penggunaan kamera video yang meluas.

Kesimpulannya, dunia sedang bergerak ke arah ekosistem IoT yang lebih pintar, dengan automotif dan logistik sebagai pemacu utama, serta Asia sebagai pusat pertumbuhan global.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • AI Percepat Peralihan Ke Era Kereta Autonomi
  • UPM Terima 2 Unit Perodua Bezza Untuk Pembangunan Aplikasi Mobiliti Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY