Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
intel 4004

Kenali Intel 4004, CPU Pertama Di Dunia Tapi Dicipta Untuk Kalkulator

Diterbitkan Januari 10, 2022 · Dikemas kini September 29, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Intel sememangnya tidak asing lagi dalam lapangan perkomputeran. Walaupun kini sudah disaingi hebat oleh AMD dan Apple namun kedudukannya sebagai jenama besar masih lagi utuh.

Tahukah anda, Intel 4004 ialah central processing unit (CPU) pertama di dunia pada tahun ini telah mencapai usia 50 tahun? Siapa sangka, cip yang dibangunkan untuk kalkulator ini menjadi ‘bapa’ pada jutaan cip yang menjadi tonggak peradaban manusia hari ini.

Kisahnya bermula pada 1969 apabila Nippon Calculating Machine Corporation, sebuah syarikat dari Jepun meminta Intel untuk membangunkankan 12 cip khas untuk kalkulator berprestasi tinggi mereka, Busicom 141-PF.

Busicom 141-PF calculator

Disebabkan kekurangan tenaga kerja, Intel kemudiannya mengurangkan daripada 12 cip kepada 4 cip yang mampu melakukan beban tenaga sama seperti 12 cip dan terhasillah Intel MCS-4. MCS merujuk pada “Micro Computer Set”.

Empat cip dalam MCS-4 ini ialah Intel 4004 sebagai CPU, Intel 4001 untuk mengendalikan ROM, Intel 4002 untuk RAM dan Intel 4003 untuk mengendalikan shift register dan port I/O.

Kenali Intel 4004, CPU Pertama Di Dunia Tapi Dicipta Untuk Kalkulator

Syarikat Nippon Calculating Machine Corporation yang kemudiannya muflis bersetuju untuk menjual hak cip tersebut pada Intel lantas membenarkan Intel melancarkan Intel 4004 dan menjualnya secara komersil. Iklannya pada 15 November 1971 dalam akhbar Electronic News ialah ”Announcing A New Era In Integrated Electronics.” Intel 4004 ini dijual pada harga USD60 ketika itu.

iklan intel 4004 1971

Apa yang menjadikan Intel 4004 ini berbeza ketika itu ialah ia kali pertama sebuah CPU dimuatkan dalam sebuah set cip. Kebiasaannya, CPU mengandungi banyak litar bersepadu dan beratus-ratus transistor namun Intel 4004 ini mengandungi 2,300 transistor dalam saiz hanya sebesar kuku.

Lebih menarik lagi, Intel 4004 ini sama berkuasa seperti ENIAC, komputer pertama pada 1946 yang saiz keseluruhan setnya sebesar bilik. Cip yang kita lihat hari ini bagaimanapun mempunyai lebih 50 bilion transistor di dalamnya berbanding 2,300 saja pada Intel 4004.

eniac 1
Komputer pertama di dunia, ENIAC. Sumber: HPCwire

Intel 4004 ini kemudiannya diteruskan dengan Intel 4040, 8008, 8080, 8086 yang selepasnya mendorong pada pemproses mikro x86 yang digunakan hari ini. Intel 4004 ini kini menjadi antara barang vintaj yang dikumpul peminat teknologi.

Sumber: New Atlas, Intel

Berkaitan

  • 5 Fakta Menarik Sejarah Teknologi Yang Mungkin Anda Tak Tahu
  • Inilah Foto Pertama Yang Dimuat Naik Ke Dalam Instagram 11 Tahun Dahulu
  • 5 Fakta Menarik Tentang Proton Malaysia Yang Mungkin Anda Tak Pernah Dengar
  • Kenali Apa Itu Matahari Buatan China, 10 Kali Ganda Lebih Panas Daripada Matahari

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY