Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Fakta Menarik Sejarah Teknologi Yang Mungkin Anda Tak Tahu

5 Fakta Menarik Sejarah Teknologi Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Diterbitkan Disember 7, 2021 ยท Dikemas kini Oktober 28, 2022 oleh Meor Hasyim

Teknologi zaman sekarang memang menarik, namun cerita di sebalik teknologi sudah tentu lagi mengujakan.

Di sini kami akan berkongsi 5 fakta menarik tentang sejarah teknologi yang kita guna secara seharian.

1. Papan Kekunci QWERTY Direka Untuk Perlahan Kelajuan Menaip

Versi pertama mesin taip pada tahun 1870 mempunyai beberapa isu teknikal. Jika ditaip terlalu laju, batang besi yang memegang abjad mesin tapi akan berlanggar dan boleh tersekat.

5 Fakta Menarik Sejarah Teknologi Yang Mungkin Anda Tak Tahu
Susun atur QWERTY

Untuk mengelakkan masalah ini, Christopher Latham Sholes telah membuat beberapa rekaan alternatif terhadap susun atur abjad. Akhirnya, rekaan QWERT yang dipilih sekarang ini telah direka oleh E. Remington and Sons yang membantu menyelesaikan masalah tersekat pada mesin taip.

2. Water Integrator – Komputer Yang Gunakan Air Untuk Beroperasi

Komputer pertama pada tahun 1936 telah dicipta untuk menyelesaikan persamaan ketidaksamarataan. Apa yang hebatnya tentang komputer ini adalah ia beroperasi menggunakan air.

5 Fakta Menarik Sejarah Teknologi Yang Mungkin Anda Tak Tahu
Water Integrator

Sehingga tahun 1970, komputer air ini digunakan dalam pelbagai sektor seperti pembuatan, organisasi penyelidikan, dan juga institusi pendidikan.

3. Anda Masih Boleh Layari Laman Web Pertama Didunia Sehingga Hari Ini

Pada tahun 1989, Tim Berners-Lee, saintis British telah mencipta World Wide Web. Ia kemudiannya mengambil masa 2 tahun untuk laman web pertama dilancarka.

5 Fakta Menarik Sejarah Teknologi Yang Mungkin Anda Tak Tahu
Laman Web pertama

Menariknya, laman web pertama di dunia ini masih lagi boleh dilayari sehingga ke hari ini. Ia berfungsi sebagai arkib sejarah segala yang terjadi sebelum World Wide Web secara atas talian.

Boleh layari laman web mereka di sini.

4. Apple Pernah Cuba Bisnes Pakaian

Apple yang sekarang terkenal sebagai syarikat teknologi menjual pelbagai produk elektronik termasuk perhidmatan langganan.

5 Fakta Menarik Sejarah Teknologi Yang Mungkin Anda Tak Tahu
The Apple Collection

Namun tahukah anda, dahulu Apple mempunyai bisnes pakaian pada tahun 1986? Bisnes pakaian itu diberi nama The Apple Collection. Apple pada ketika ini memperkenalkan bisnes pakaian setahun selepas Steve Jobs meninggalkan syarikat itu.

5. Amazon.com Bukan Nama Asal Laman Web Tersebut

Jeff Bezos sebelum ini sudah banyak kali memilih nama yang pelbagai untuk bisnesnya. Nama pertama yang didaftarkan oleh Jeff Bezos adalah Cadabra Inc.

5 Fakta Menarik Sejarah Teknologi Yang Mungkin Anda Tak Tahu
amazon.com

Namun disebabkan beliau merasakan agak pelik, usahawan itu mengubahnya kepada nama lain.

Sebelum memilih nama amazon.com, ada antara nama lain yang dipilihnya termasuklah:

  • aard.com
  • awake.com
  • browse.com
  • bookmall.com
  • relentless.com

Antara nama-nama ni, beliau masih lagi memiliki relentless.com – yang mana kini dilenconkan kepada amazon.com.

Rujukan: Gitconnected

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Vanila Dirujuk Sebagai Satu Produk Standard Atau 'Basic'
  • Dari Musical.ly Ke TikTok, Ini Sejarah Aplikasi Paling 'Berpengaruh'
  • Enam Pembelian Syarikat Teknologi Paling Bijak Dan Menguntungkan Sepanjang Zaman
  • Kalau Apple Letak 9 Ciri Android Ini Pada iPhone 15, 'Confirm' Ramai Berhijrah Ke iOS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY