Inilah Foto Pertama Yang Dimuat Naik Ke Dalam Instagram 11 Tahun Dahulu

Instagram secara rasminya dilancarkan pada 6 Oktober 2010 dahulu. Platfom media sosial yang bermula sebagai platfom perkongsian foto kini turut menyokong kandungan video sudah pun memiliki lebih daripada 1 bilion pengguna aktif.

Sekaligus menjadikan Instagram tersenarai sdalam 5 platfom media sosial paling popular di dunia setakat ini.

Tetapi tahukah anda siapakah yang pertama memuat naik foto ke dalam Instagram? Serta foto apakah yang pertama dimuat naiknya?

Untuk pengetahuan anda, pemilik akaun Instragram bernama kevin adalah pengguna pertama yang memuat naik foto ke dalam Instagram.

Ini tidak menghairankan kerana kevin atau nama penuhnya Kevin Systrom adalah bekas CEO Instagram juga pengasas bersama yang membangunkan platfom media sosial tersebut.

Ini pula adalah foto pertama yang dimuat naik ke dalam akaun Instagram beliau, sekaligus menjadi foto pertama dimuat naik ke dalam Instagram.

Kevin Systrom on Instagram: “test”

Foto pertama tersebut telah dimuat naik pada 17 Julai 2010 iaitu beberapa bulan sebelum Instagram dilancarkan secara rasmi.

Foto itu memaparkan seekor anjing terbiar ketika beliau berada di Mexico dengan menggunakan kapsyen "test".

Instagram diasaskan secara bersama oleh Kevin Systrom dengan Mike Krieger yang ditemuinya ketika sama-sama belajar di Universiti Standford.

Walaubagaimanapun, Instagram telah pun dilepaskan oleh kedua-dua mereka dengan menjualnya kepada Facebook pada harga USD 1 bilion selepas hanya 2 tahun ia dilancarkan.

Namun begitu Kevin Systrom kekal sebagai CEO Instagram sehingga tahun 2018. Kemudian beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan tersebut dan meninggalkan Instagram setelah rakannya yang juga pengasas Instagram Mike Krieger bertindak keluar dari syarikat tersebut.

{suggest}

Selepas lebih 11 tahun dilancarkan, Instagram bukan sahaja digunakan oleh pengguna awam tetapi juga turut digunakan oleh ahli-ahli politik dan selebriti-selebriti terkenal di seluruh dunia.

Berikut adalah 10 akaun Instagram yang memiliki pengikut paling ramai menurut laman analisis Brandwatch:-

  1. Instagram: 457 juta pengikut Instagram Instagram (@instagram) • Instagram photos and videos

  2. Cristiano Ronaldo: 386 juta pengikut Instagram Cristiano Ronaldo (@cristiano) • Instagram photos and videos

  3. Kylie Kenner: 297 juta pengikut Instagram Kylie 🤍 (@kyliejenner) • Instagram photos and videos

  4. Lionel Messi: 297 juta pengikut Instagram Leo Messi (@leomessi) • Instagram photos and videos

  5. Dwayne ‘The Rock’ Johnson: 287 juta pengikut Instagram @therock • Instagram photos and videos

  6. Ariana Grande: 287 juta pengikut Instagram Ariana Grande (@arianagrande) • Instagram photos and videos

  7.  Selena Gomez: 287 juta pengikut Instagram Selena Gomez (@selenagomez) • Instagram photos and videos

  8. Kim Kardashian: 276 juta pengikut Instagram Kim Kardashian West (@kimkardashian) • Instagram photos and videos

  9. Beyonce: 229 juta pengikut Instagram Beyoncé (@beyonce) • Instagram photos and videos

  10. Justin Bieber: 213 juta pengikut Instagram Justin Bieber (@justinbieber) • Instagram photos and videos


Sumber: Brandwatch, backlinko, BBC News, Business of Apps

Berkaitan