Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rebat Bil Elektrik 100% Untuk Mangsa Banjir Bulan Disember Ini

Kenaikan Tarif Elektrik Di Semenanjung Belum Diputuskan – Menteri Tenaga

Diterbitkan Disember 28, 2024 ยท Dikemas kini Disember 28, 2024 oleh ariff bukhari

Tiada keputusan dibuat mengenai kenaikan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) tidak dirujuk atau dimaklumkan oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkaitan pengumuman mengenai kenaikan tarif elektrik di Semenanjung tempoh hari.

Beliau menegaskan bahawa sebarang kenaikan tarif yang membebankan rakyat tidak akan dibenarkan.

Kerajaan menjamin tarif elektrik akan mempertimbangkan kebajikan rakyat, dengan subsidi bersasar diteruskan untuk memastikan 85% pengguna domestik tidak terkesan.

Pengguna komersial dan industri yang menggunakan banyak elektrik pula digalakkan memasang panel solar dan melaksanakan kecekapan tenaga.

Beliau turut memaklumkan, PETRA bersama-sama Suruhanjaya Tenaga (ST) masih lagi dalam proses memuktamadkan jadual tarif elektrik baharu yang dijangka untuk dilaksanakan bermula pada Julai 2025.

Sebelum ini telah dilaporkan tentang cadangan TNB menaikkan tarif asas kepada 45.62sen/kWj mulai Julai 2025.

Berkaitan

  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Selepas 10 Tahun, Jadual Tarif Elektrik Baharu Dicadang Dilaksana 1 Julai 2025
  • Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai - PM

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY