Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMAGE 1 (4)

Riang Bersama 3.3 Lazada Malaysia Tawar Promosi Sehingga 90%

Diterbitkan Februari 27, 2026 · Dikemas kini Februari 27, 2026 oleh ariff bukhari

Lazada Malaysia melancarkan inisiatif baharu 2026 dengan menyatukan pencipta kandungan digital, jenama dan penjual untuk memperkukuh pengalaman membeli-belah dalam talian yang lebih dipercayai.

Menerusi Majlis Gongxi Raya, Kongsi Sukses yang berlangsung semalam, ia menjadi platform perbincangan terbuka mengenai kepercayaan dan ketulenan dalam ekosistem digital, melibatkan lebih 100 pencipta kandungan, usahawan tempatan dan rakan dari pelbagai jenama.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Kaya Qin menegaskan fokus utama tahun ini ialah memperkukuh LazMall sebagai pusat beli-belah sah dengan jaminan ketulenan produk.

ADDITIONAL IMAGE 4
Wakil industri seperti Jimmy Sun (Jean Perry) dan Christy Ng menekankan konsistensi, kualiti dan hubungan pelanggan sebagai asas kepercayaan jangka panjang.
WhatsApp Image 2026-02-27 at 15.47.25

Lazada turut memperkenalkan langkah perlindungan pembelian, penjual disahkan dan ulasan pelanggan untuk membantu pengguna membuat keputusan lebih bijak.

Kempen mega Riang Bersama 3.3 yang akan bermula pada 2 Mac dari jam 8 malam menawarkan promosi sehingga 90% dan hadiah bernilai RM115,000, sekali gus memeriahkan lagi jualan sambutan hari raya yang bakal menjeang tiba tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Netflix Tarik Diri, Tolak Tingkatkan Tawaran Ambil Alih Warner Bros.
  • EPL Bakal Lancar Aplikasi Strim Baharu, Eksklusif Mula Di Singapura

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
©2026 WISER.MY