Liga Bola Sepak Inggeris, EPL dilapor bakal melancarkan aplikasi penstriman baharu bernama Premier League Plus atau “Premflix” .
Aplikasi ini akan menjadi platform rasmi yang akan menyiarkan kesemua 380 perlawanan setiap musim secara langsung.
Namun, pelancaran awal hanya terhad di Singapura bermula Ogos 2026.
Langkah ini menandakan kali pertama liga menjual liputan terus kepada peminat tanpa bergantung sepenuhnya kepada penyiar tradisional.
Ketua Eksekutif Richard Masters menyifatkan projek ini sebagai peluang pembelajaran untuk memahami strategi promosi, harga dan interaksi pelanggan.
Aplikasi ini akan ditawarkan bersama rakan kongsi sedia ada, Starhub, sebagai saluran 24/7.
Idea penstriman terus sebelum ini pernah dicadangkan oleh pemilik kelab seperti Todd Boehly, tetapi liga memilih pendekatan percubaan terlebih dahulu.
Langkah ini dilihat sebagai eksperimen berani yang berpotensi mengubah cara peminat bola sepak menikmati aksi liga paling popular di dunia.
{suggest}
