Kemaskini Fortnite Dengan Mod 120fps Pada iPad Pro

Kemaskini terbaru Fortnite dari Epic Games bagi versi iOS membolehkan pemilik iPad Pro 2018 bermain permainan tersebut dengan 120 frame per second. Mod ini akan menjadikan kadar penyegaran skrin lebih tinggi untuk menyampaikan prestasi yang sangat lancar.

Menghidupkan mod tersebut akan mengurangkan kualiti visual dan secara serentak resolusi juga akan berkurangan. Walaupun begitu, ipad Pro yang menjalankan Fortnite kini boleh mengalahkan prestasi konsol seperti PS4 dan XBox One yang hanya terhad kepada 60 fps.

Dalam kemaskini v11.40.1 ini juga, butang thumbstick kini menerima sokongan iOS 13 dan ke atas. Fortnite pada iOS telah menjadi alternatif permainan mudah alih yang popular untuk permainan PC dan konsol, yang menawarkan pengguna peluang untuk bermain mod "Battle Royale" di mana-mana sahaja.

Dilancarkan pada mulanya sebagai versi beta untuk iOS pada Mac 2018 dan kemudian Fortnite mula berkembang pada April tahun yang sama. Aplikasi telefon pintar difokuskan sepenuhnya pada mod Fortnite PvP Battle Royale, tetapi versi permainan konsol dan desktop juga termasuk mod PvE yang dikenali sebagai Save the World.

Epic pertama kali menambah sokongan 60 fps untuk Fortnite pada iOS dengan pelancaran iPhone XS dan XR pada 2018. Pada masa itu, ia adalah satu-satunya cara untuk bermain permainan dengan mod 60 fps di mana sahaja. Bagi versi Nintendo Switch, ia hanya terhad kepada 30 fps, walaupun banyak telefon Android yang kini menyokong kadar frame yang lebih tinggi.

Sumber: The Verge