Fortnite Merupakan Permainan Dengan Pendapatan Tertinggi, Peroleh Lebih Dari RM7.3 Billion Pada Tahun 2019

Tidak perlu diperkenalkan lagi, Fortnite merupakan permainan genre tembak free-to-play yang sangat popular ketika ini (dan juga beberapa tahun lepas).

Mengikut laporan SuperData, populariti permainan tersebut berjaya membuatkan Fornite meraih gelaran sebagai permainan dengan pendapatan tertinggi pada tahun 2019. Dikatakan pendapatannya adalah 1.8 billion USD (~RM7.3 billion) untuk tahun itu.

Namun, ini bukanlah rekod tertinggi kerana pada tahun 2018 Fortnite berjaya meraih sehingga 2.4 billion USD (RM9.9 billion) banyaknya. Walaupun hasil pendapatan Fornite berkurang sebanyak 25% untuk tahun 2019, jumlah itu masih lagi mengalahkan permainan pesaing yang lain.

Selain Fortnite, permainan Dungeon Fighter Online, Honour of Kings, Arena of Valor, League of Legends, Candy Crush Sagadan Pokemon Go juga turut tersenarai.



Antara yang menarik mengenai analisis dan statistik yang diperoleh oleh SuperData untuk tahun 2019:

  • 4/5 daripada jumlah duit yang dikeluarkan datangnya dari permainan genre free-to-play.

  • Fortnite untuk dua tahun berturut-turut memegang gelaran permainan dengan pendapatan tinggi. Faktor promosi dengan nama besar seperti Avengers, Stranger Things, dan juga Star Wars.

  • 6/10 dari permainan genre free-to-play datangya dari platform mudah-alih.

  • Kemasukan permainan AAA kepada platform mudah alih menjadikannya satu strategi yang sangat berkesan. Seperti contoh permainan Cod Mobile dan Mario Kart: World Tour.

  • Walaupun League of Legends mempunyai pemain yang lebih banyak berbanding Fortnite, pemain Fortnite 2 kali ganda lebih berminat untuk berbelanja berbanding League of Legends.


Secara keseluruhannya, berdasarkan statistik, kita boleh mengagak dan meneka hala tuju permainan-permainan yang bakal dilancarkan pada masa-masa akan mendatang.

Bagi anda sendiri, pernahkah anda berbelanja dalam mana-mana permainan digital?

Sumber: Superdata

Berkaitan