Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Pixel 6a

Kemas Kini Wajib Pixel 6a Akan Kurangkan Kapasiti Bateri – Ini Sebabnya

Diterbitkan Jun 12, 2025 oleh Amalina Athman

Awal tahun ini, Google mengeluarkan kemas kini untuk Pixel 4a yang menyebabkan peranti itu hampir tidak boleh digunakan. Hayat bateri merosot teruk, ada pengguna yang perlu cas semula selepas hanya beberapa jam digunakan.

Google menawarkan penggantian bateri kepada ramai pengguna, dan di Australia, turut dikeluarkan notis panggilan semula. Namun begitu, isu sebenar di sebalik masalah ini tidak pernah disahkan secara rasmi.

Ia dipercayai dilakukan bagi mengelakkan isu kepanasan melampau (overheat) yang boleh menyebabkan peranti berisiko terbakar. Kini, perkara yang sama dijangka akan berlaku pada Pixel 6a pula.

Dalam satu kenyataan, Google mengesahkan bahawa pemilik Pixel 6a akan menerima kemas kini tidak lama lagi bagi mengurangkan risiko bateri menjadi terlalu panas.

Sebahagian peranti Pixel 6a akan memerlukan kemas kini perisian wajib bagi mengurangkan risiko bateri menjadi terlalu panas. Kemas kini ini akan mengaktifkan ciri pengurusan bateri yang akan mengurangkan kapasiti dan prestasi pengecasan selepas bateri mencapai 400 kitaran cas.

Tidak semua unit Pixel 6a akan terjejas, namun Google menjelaskan pelanggan yang terlibat akan dihubungi bermula bulan depan dengan maklumat lengkap tentang langkah yang perlu diambil untuk menangani isu tersebut.

Terdahulu, Android Authority melaporkan sekurang-kurangnya dua pengguna mendakwa peranti Pixel 6a mereka terbakar, termasuk seorang pengguna di Reddit yang mengatakan perantinya “meletup sendiri secara tiba-tiba tengah malam.”

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Pengguna Pixel Laporkan Terima Peningkatan Prestasi Grafik Yang Ketara
  • Pixel 10 Pro Muncul Dalam Penggambaran Iklan, Rekaan Masih Sama
  • Android 16 Versi Stabil Kini Tiba Untuk Pixel - Ini Yang Baharu

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY