Google Pixel 10 Pro kini hangat diperkatakan selepas peranti itu dilihat digunakan dalam sebuah penggambaran iklan, sekali gus memberikan gambaran awal reka bentuk dan ciri yang bakal ditawarkan.
Imej tertiris menunjukkan Pixel 10 Pro mengekalkan reka bentuk bar kamera melintang yang menjadi identiti peranti Pixel sejak generasi ke-6. Rekaannya kelihatan serupa dengan model terdahulu, tetapi mungkin ada perubahan kecil dari segi bahan atau saiz.
Tidak pelik jika Google menggunakan pendekatan sedemikian kerana pesaingnya lain turut melakukan perkara sama, contohnya Apple iPhone dan Samsung siri Galaxy S.
Menurut laporan dari 9to5Google, warna Pixel 10 Pro adalah seperti:
- Obsidian (Hitam)
- Blue (Biru)
- Iris (Ungu)
- Limoncello (Kuning)
Jadi, dalam video yang dikongsikan, warna Obsidian sedang digunakan.
https://x.com/MarksGonePublic/status/1925763303004852486
Namun, adakah boleh percaya dengan gambar serta video yang dikongsikan jurugambar Mark Teasdale?
Pada mulanya, sukar untuk menerima maklumat tersebut tetapi sekiranya menonton video itu sehingga habis, ia cukup kuat mendedahkan ia Pixel 10 Pro.
Papan cerita bagi iklan peranti turut kelihatan. Padanya lagi, ia juga mendedahkan fokus utama dalam iklan ini seperti penawaran ciri AI dan juga kamera.
Selain itu, ada juga notis yang memaparkan “penggambaran sedang dijalankan”.
Sedang menjalankan penggambaran di kawasan ini. Kehadiran anda di sini dianggap sebagai persetujuan untuk dirakam bagi tujuan filem dan komersial. Sekiranya anda tidak mahu terlibat dalam rakaman ini tetapi perlu berada di kawasan ini, sila maklumkan kepada pihak kami.
Dalam perkembangan lain, kami turut melaporkan bahawa Pixel 10 Pro mungkin akan dikuasakan cip Tensor G5 menggunakan fabrikasi TSMC, sekali gus menggantikan Samsung.
Tensor G5 dijangka menawarkan peningkatan ketara dari segi prestasi, kecekapan tenaga dan keupayaan AI terutamanya dalam pemprosesan kamera.
Walaupun belum diumumkan secara rasmi, kemunculan dalam penggambaran komersial dan pendedahan warna peranti mengisyaratkan pelancaran mungkin berlaku sekitar Oktober 2025.
{suggest}