Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pixel 4a_

Panggilan Semula Pixel 4a Di Australia Dedahkan Isu Bateri ‘Overheating’

Diterbitkan Mac 11, 2025 · Dikemas kini Mac 11, 2025 oleh Amalina Athman

Pada Januari lalu, Google telah mengumumkan Program Prestasi Bateri Pixel 4a yang secara drastik mengurangkan prestasi bateri, sehingga menjadikan peranti itu hampir tidak boleh digunakan oleh sebilangan pemiliknya.

Namun, pada ketika itu, Google tidak memberikan sebarang butiran teknikal atau menjelaskan isu sebenar berkaitan bateri Pixel 4a.

Kini, notis panggilan semula (recall) Pixel 4a oleh Suruhanjaya Persaingan & Pengguna Australia (ACCC) mengesahkan bahawa kemas kini itu dilakukan bagi mengurangkan risiko pemanasan melampau (overheating).

Kemas kini firmware automatik ke Android 13 telah dilancarkan untuk peranti Pixel 4a di Australia pada 8 Januari 2025. Kemas kini ini memperkenalkan ciri pengurusan bateri baharu bagi mengurangkan risiko pemanasan melampau. Bateri yang terlalu panas boleh menimbulkan risiko kebakaran atau menyebabkan pengguna mengalami kecederaan melecur.

Menariknya, pengumuman asal Google langsung tidak menyebut sebarang risiko pemanasan melampau. Malah, perkataan “panas” hanya disebut dalam nasihat umum kepada pengguna agar tidak memanaskan bateri melebihi 45°C ketika proses pelupusan.

pixel 4a australia_

Berbalik kepada konteks, notis panggilan semula itu menggesa pengguna untuk memeriksa sama ada peranti mereka telah menerima kemas kini perisian. Ia juga menekankan bahawa pengguna boleh mengemukakan permohonan bagi mengetahui sama ada peranti mereka terjejas serta kelayakan untuk menerima pampasan daripada Google.

Bagaimanapun, notis itu juga menyatakan tidak semua peranti Pixel 4a terjejas.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Google Pixel Kini Ada Ciri Pengecasan Baharu, Ini Cara Aktifkannya
  • Google Perlihatkan Bagaimana Pixel Diuji Untuk Ketahanan
  • "Clicks" Kini Tersedia Untuk Telefon Siri Pixel 9 Dan Galaxy S25

Sumber: Android Authority

Gambar utama: ASCII.JP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY