Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pixel 9

Pengguna Pixel Laporkan Terima Peningkatan Prestasi Grafik Yang Ketara

Diterbitkan Mac 24, 2025 oleh ariff bukhari

Pengguna telefon pintar Google Pixel melaorkan peranti mereka menerima peningkatan prestasi grafik (GPU) menerusi kemas kini perisian yang dilepaskan.

Pengguna Pixel melalui platform Reddit melaporkan skor Geekbench 6 GPU yang lebih tinggi yang menyaksikan peningkatan prestasi hingga 62% pada Pixel 7a, 31% pada Pixel 8, dan 32% pada Pixel 9.

Peningkatan ini dipercayai berkaitan dengan pemacu GPU baharu yang dihantar melalui kemas kini Android 16 beta yang meningkatkan prestasi API Vulkan.

Walaupun Android 16 beta mengandungi pemacu GPU terkini, pengguna model terdahulu seperti Pixel 6a yang menjalankan Android 15 turut melaporkan terima peningkatan prestasi yang agak ketara.

Secara khususnya, pemacu GPU dalam kemas kini Android 15 untuk cip pemproses Tensor G1, G2 dan G3 Pixels yang telah dikeluarkan oleh ARM pada Februari 2024 lepas.

Ini mencadangkan bahawa kemas kini pemacu secara berkala memainkan peranan yang besar.

Namun, ujian lanjut diperlukan untuk mengenal pasti impak sebenar dalam aplikasi dunia sebenar.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • realme Malaysia Perkenal Siri realme 14 5G, Telefon Fokus 'Gaming'
  • Huawei Lancar Pura X, Telefon Lipat Dipacu AI 'Beremosi'

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY