Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
copilot windows 11

Kemas Kini Segera Windows 11 Anda Bagi Betulkan Isu Bateri Laptop

Diterbitkan Januari 16, 2026 · Dikemas kini Januari 16, 2026 oleh ariff bukhari

Microsoft mula menawarkan kemas kini Windows 11 terbaru, KB5074109 bagi menyelesaikan isu bateri pada komputer riba dengan Neural Processing Unit (NPU).

Sebelum ini, NPU kekal aktif walaupun sistem tidak digunakan, menyebabkan penggunaan tenaga berlebihan menyebabkan hayat bateri berkurangan.

“Kemas kini ini menangani isu di mana peranti dengan Unit Pemprosesan Neural (NPU) mungkin kekal dihidupkan semasa melahu. Ini boleh menjejaskan prestasi kuasa.” Microsoft

Ramai pengguna tidak memanfaatkan NPU secara langsung kerana kebanyakan tugasan AI dijalankan di awan, menjadikan kuasa yang digunakan untuk itu sebagai pembaziran.

Jadi, dengan kemas kini baharu ini, NPU akan dimatikan secara automatik ketika sistem berada dalam keadaan rehat, sekali gus meningkatkan kecekapan tenaga peranti.

Selain itu, kemas kini ini turut membawa pembaikan pepijat, kemas kini pemacu, sijil keselamatan baharu, serta sistem fail yang dikemas kini.

Kemas kini ini mula dilepaskan Microsoft pada 13 Januari 2026 kepada semua pengguna Windows 11 versi 25H2 dan 24H2 secara berperingkat.

Screenshot 2026-01-16 173306

Anda boleh menyemak melalui Settings >  Windows Update di peranti anda sama ada kemas kini KB5074109 ini sudah tersedia ataupun tidak.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Microsoft Akhirnya Benarkan Anda Buang Copilot Dari PC
  • Google Kemas Kini Had Penggunaan Model Gemini Untuk Setiap Pelan
  • Cermin Mata Pintar Xiaomi Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Dari RM799

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY