Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cermin Mata Pintar Xiaomi Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Dari RM799

Cermin Mata Pintar Xiaomi Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Dari RM799

Diterbitkan Januari 15, 2026 · Dikemas kini Januari 16, 2026 oleh ariff bukhari

Xiaomi hari ini turut melancarkan cermin mata pintar pertama mereka untuk pasaran Malaysia dengan Mijia Smart Audio Glasses.

Ia merupakan inovasi Xiaomi yang menggabungkan gaya klasik dengan teknologi pintar.

Mijia Smart Audio Glasses tampil dengan rangka ultra nipis 5mm diperbuat daripada aloi titanium, menjadikannya ringan dan tahan lasak.

Mijia Smart Audio Glasses

Sistem audio terbuka dengan empat mikrofon serta mod privasi memastikan panggilan jelas tanpa gangguan bunyi sekitar.

Ia turut menyokong arahan suara, membaca notifikasi, dan fungsi “Find Glasses” untuk mencari cermin mata yang hilang.

Dari segi bateri, dua sel 114mAh mampu bertahan sehingga 13 jam muzik atau 9 jam panggilan.

Hanya 10 minit pengecasan pantas memberi 4 jam penggunaan. Sambungan Bluetooth 5.4 membolehkan hubungan serentak dengan dua peranti, serta sokongan Google Fast Pair.

Mijia Smart Audio Glasses

Tiga pilihan bingkai ditawarkan: Titanium, Pilot, dan Browline, semuanya dengan perlindungan cahaya biru atau UV.

Dengan aplikasi Xiaomi Glasses, pengguna boleh menyesuaikan gerakan sentuhan, mengaktifkan mod privasi, dan mengurus rakaman audio.

Mijia Smart Audio Glasses ditawarkan pada harga bermula RM999, tapi dengan harga promosi ia ditawar pada harga bermula dari RM799 sahaja bagi pilihan Pilot style & browline. Manakala varian Titanium pula dengan harga promosi berharga RM899.

Berkaitan

  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • ASUS Perkenal Cermin Mata 'Gaming' 240Hz Pertama Di Dunia
  • Cermin Mata Pintar Kini Bantu Orang Buta 'Melihat' Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY