Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemas Kini Perisian 2027 Bawa Peningkatan Prestasi Merentasi Ekosistem Apple

Kemas Kini Perisian 2027 Bawa Peningkatan Prestasi Merentasi Ekosistem Apple

Diterbitkan Jun 9, 2026 · Dikemas kini Jun 9, 2026 oleh Amalina Athman

Kemas kini perisian Apple bagi tahun 2027 nampaknya memberi tumpuan penuh kepada aspek prestasi, kestabilan, dan pengalaman penggunaan harian yang lebih lancar.

Menurut Apple, antara peningkatan paling ketara adalah dari segi kelajuan. Dengan iOS 27, aplikasi pada iPhone dan iPad boleh dilancarkan sehingga 30% lebih pantas, manakala foto pula dimuatkan sehingga 70% lebih cepat sejurus selepas ia diambil. Pemindahan fail menggunakan AirDrop juga menerima peningkatan besar sehingga 80% lebih pantas, menjadikan proses berkongsi fail antara peranti lebih efisien.

Kemas Kini Perisian 2027 Bawa Peningkatan Prestasi Merentasi Ekosistem Apple
Kemas Kini Perisian 2027 Bawa Peningkatan Prestasi Merentasi Ekosistem Apple
Kemas Kini Perisian 2027 Bawa Peningkatan Prestasi Merentasi Ekosistem Apple

Dari segi sambungan rangkaian, peralihan antara rangkaian selular dan Wi-Fi menjadi lebih lancar berbanding sebelum ini.

Bagi pengguna yang sering bekerja dengan fail, pengalaman menggunakan iPad bersama pemacu luaran turut dipertingkatkan dengan kelajuan sehingga lima kali lebih pantas, menjadikannya setanding dengan Finder pada Mac.

Kemas Kini Perisian 2027 Bawa Peningkatan Prestasi Merentasi Ekosistem Apple

Apple turut memperkemas fungsi carian merentasi sistem. Spotlight, aplikasi Photos dan Mail kini dilengkapi sistem carian yang lebih stabil dan efisien untuk memberikan hasil carian yang lebih tepat. Dalam Mail, sistem ranking baharu diperkenalkan bagi memaparkan hasil carian yang paling relevan menerusi bahagian Top Hits.

Secara keseluruhannya, perisian versi baharu ini memperhalusi setiap sudut ekosistem Apple untuk memberikan pengalaman yang lebih menyeronokkan, sama ada ketika bekerja, berkomunikasi, berkongsi memori, melayan muzik kegemaran melalui AirPods, mahupun ketika memantau data kesihatan harian.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Rasmi, Ini Senarai Penuh iPhone Terima Sokongan iOS 27
  • Siri Kini Ada Aplikasi Sendiri, Apple Turut Bawa Mod Siri Dalam Kamera iPhone
  • Apple Kemas Kini Sistem Kawalan Ibu Bapa – Tampil Reka Bentuk Screen Time Baharu Dan Had Masa Mengikut Kategori

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY