Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Kemas Kini Sistem Kawalan Ibu Bapa – Tampil Reka Bentuk Screen Time Baharu Dan Had Masa Mengikut Kategori

Apple Kemas Kini Sistem Kawalan Ibu Bapa – Tampil Reka Bentuk Screen Time Baharu Dan Had Masa Mengikut Kategori

Diterbitkan Jun 9, 2026 · Dikemas kini Jun 9, 2026 oleh ariff bukhari

Apple di WWDC 2026 hari ini memperkenalkan rangkaian ciri keselamatan kanak-kanak baharu yang lebih menyeluruh dalam ekosistem iOS 27, iPadOS 27 dan macOS 27.

Fokus utama adalah memberi ibu bapa kawalan lebih fleksibel terhadap kandungan, komunikasi dan masa penggunaan peranti anak-anak.

Antara ciri terpenting ialah akaun kanak-kanak yang membolehkan ibu bapa menetapkan had umur, mengawal akses aplikasi serta meluluskan laman web melalui fungsi Ask to Browse.

Selain itu, sistem komunikasi kini lebih selamat dengan keupayaan menyekat kandungan berunsur lucah, ganas atau mengerikan, serta memerlukan kelulusan ibu bapa untuk menambah kenalan baharu.

Apple Kemas Kini Sistem Kawalan Ibu Bapa – Tampil Reka Bentuk Screen Time Baharu Dan Had Masa Mengikut Kategori
Apple telah melancarkan laman web khusus bantu ibu bapa.

Apple turut memperkenalkan Time Allowances dan Schedules bagi mengurus masa penggunaan aplikasi mengikut kategori dan waktu tertentu.

Fungsi ini disokong oleh panduan pakar pediatrik, memastikan kawalan masa lebih sesuai dengan tahap umur.

Tambahan pula, paparan Screen Time direka semula untuk memberi gambaran pantas tentang corak penggunaan, serta membolehkan ibu bapa menghentikan akses semasa waktu keluarga.

Apple Kemas Kini Sistem Kawalan Ibu Bapa – Tampil Reka Bentuk Screen Time Baharu Dan Had Masa Mengikut Kategori
Apple Kemas Kini Sistem Kawalan Ibu Bapa – Tampil Reka Bentuk Screen Time Baharu Dan Had Masa Mengikut Kategori

Menariknya, Apple juga meluaskan fungsi keselamatan Apple Watch untuk kanak-kanak dengan memperkenalkan ciri Apple Watch For Your Kids.

Apple Watch For Your Kids membolehkan kanak-kanak tanpa iPhone dipantau ibu bapa mereka dan mengenal pasti lokasi mereka melalui Find My, manakala anak-anak juga boleh berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan melalui panggilan telefon dan mesej.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Rasmi, Ini Senarai Penuh iPhone Terima Sokongan iOS 27
  • Apple Perkenal macOS Golden Gate

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
©2026 WISER.MY