Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemas Kini iOS 26.5.2 Tersedia Dengan Hampir 30 Tampalan Keselamatan

Kemas Kini iOS 26.5.2 Tersedia Dengan Hampir 30 Tampalan Keselamatan

Diterbitkan Jun 30, 2026 · Dikemas kini Jun 30, 2026 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengeluarkan kemas kini iOS 26.5.2 (23F84) kepada pengguna iPhone yang membawakan pembaikan bagi hampir 30 kelemahan keselamatan.

Walaupun nota pelepasan rasmi hanya menyatakan “pembetulan keselamatan”, dokumen sokongan Apple mendedahkan kemas kini ini merangkumi pelbagai tampalan, termasuk beberapa kelemahan pada kernel dan WebKit yang berpotensi menyebabkan aplikasi terhenti atau berlakunya kebocoran data.

iOS 26.5.2_01
iOS 26.5.2_02

Menurut Apple, kemas kini ini membawakan tampalan keselamatan yang pertama kali disediakan dalam versi beta iOS 26.6 dan iPadOS 26.6. Bermakna, Apple pada asalnya merancang untuk menyertakan hampir 30 tampalan keselamatan tersebut dalam iOS 26.6, namun memilih untuk mengeluarkannya lebih awal tanpa menunggu pelancaran versi tersebut.

Dalam kenyataan kepada Reuters, Apple memaklumkan keputusan tersebut dibuat susulan kebimbangan terhadap peningkatan ancaman serangan siber yang dibantu oleh kecerdasan buatan (AI). Syarikat itu menjelaskan AI kini mampu mempercepatkan pembangunan alat penggodaman, sekali gus mendorong Apple memendekkan tempoh antara tampalan keselamatan diumumkan dan diedarkan kepada pengguna.

Walaupun tiada bukti mana-mana kelemahan keselamatan tersebut telah dieksploitasi, pengguna iPhone disaran memasang iOS 26.5.2 secepat mungkin bagi memastikan peranti menerima perlindungan keselamatan terkini.

Pengguna boleh memasang kemas kini secara OTA (over-the-air) melalui Settings > General > Software Update > Update Now.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Ini Cara Paling Cepat Buka Halaman ‘Updates’ App Store Selepas iOS 26.4
  • iOS 26.5 Kini Tersedia - Mesej RCS E2EE, Pilihan Langganan Baharu, Lebih 50 Tampalan Keselamatan
  • Rasmi, Ini Senarai Penuh iPhone Terima Sokongan iOS 27
  • Apple Umum Bundle, Suite Untuk App Store - Gabungkan Beberapa Langganan Aplikasi Dalam Satu Pelan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY